Dah tiba masanya utk Malaysia hasilkan filem epik camnih...kru brothers nih..mmg kreatif.....takdelah kite asyik nak layan cite2 yang sama je konsep dia..Syah berpendapat la kan..cuba kita tengok..Filem-filem kita skrg neh da semakin berkembang.
Teserlah KRU jugak yang menerbitkan filem-filem genre baru di Malaysia.Thailand sudah beberapa tahun menerbitkan filem2 epik neh.Tapi watpe nak up sgt negara org kan..Malaysia kan best..so kita support la production malaysia...betui dak?
Industri perfileman MALAYSIA harus berbangga dengan lahirnya sebuah karya perfileman yang mampu meneroka satu genre baru.Memang sangat menarik trailer die.Tengokla dulu ye dibawah..
Daripada trailer neh..syah berpendapat cepat2 la keluar kat panggung.. x sabar nak bawak satu kampung serbu.. hehe
Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."
"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."
"Sama-sama, eh saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."
Pergh..TAR yang hitam pekat 2 lastly jadi keras ngan melekit..bayangkan la perokok yang da 20 tahun isap..no wonder la ramai perokok dapat LUNG CANCER..
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry Pelajar B pulak kata Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu? Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.
Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm.. habis 2 (two), 3 (three) laaa...
Pelajar B: Pakcik jgn la main2.. kita org tanya betul2 ni...
Orang Tua: Hahaha.. alaa.. gurau sikit pun nak hangin... ok laaa... sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...
Bacalah kisah ini dan renunglah betapa dalamkah cinta kita kepadaNya?.. Di dlm Kitab Hayatus Shahabah diriwayatkan kisah berikut: Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa'ad bin Abi Waqqash utk berdoa.
Ajakan itu dipersetujui oleh Sa'ad. Keduanya mulai berdoa. Sa'ad berdoa terlebih dahulu: "Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian
Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: 'Man jada'a anfaka wa udzunaka?' (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: 'Kamu benar!' (shadaqta)." Sa'ad mengaminkan doa Abdullah tersebut.
credit pic to iluvislam.com
Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah. Sa'ad bercerita kpd anaknya, "Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali." Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.
Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: "Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?" Anda akan menjawab, "Harta itu ku peroleh dgn itu dan ini , dgn memalsu itu dgn mendapat kan ini Allah bertanya lagi, "Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?" "Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu."
Allah dgn murka akan menjawab, "Kamu benar!" Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah: "Telah ku tahan lapar dan dahaga di dunia, telah ku basahi bibirku dgn zikir, dan telah ku curahkan waktu dan tenagaku untuk keagungan namaMu, telah ku hiasi malam ku dengan ayat suciMu dan telah ku letakkan dahiku di sejadah untuk bersujud pd kebesaranMu." Dan Allah akan menjawab, "Kamu benar!" Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.
Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg boleh kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?
Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.
Ibu: (takut).. hello...
Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????
Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..
Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak..
Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...
Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....
Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....
Noname: Apa??
Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...
Noname: Haiiyaa.... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar.. tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...
Temuduga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temuduga anda dikehendaki menjual anda secara cergas dan giat mulai dari anda sampai hingga anda bertolak dari tempat temu duga.
Seseorang yang mencari kerja boleh membuat persediaan untuk sesuatu temuduga kerja dengan menduga soalan-soalan temu duga, menyelidik latar belakang majikan, menyediakan rangka jawapan bagi soalan-soalan yang mungkin ditanya dan menyebut berulang-ulang jawapan itu (tanpa menghafaz).
Ikutlah petua yang berikut bagi mencapai kejayaan dalam temuduga anda.
Sebelum temuduga anda
Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’
Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta anda menanyakan soalan.
Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah pengurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya.
Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi atau pakaian dengan tali leher sahaja adalah sesuai.
Semasa temuduga anda
Tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temu duga diadakan.
Beri salam kepada panel penemuduga
Dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas .
Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.
Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda
Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.
Suatu malam yang gelap( takkan malam terang bederang pulak) seorang model pencuri nak pecah masuk sebuah rumah banglo.Selepas berhati-hati mengupil pintu toilet dan masuk maka rambanglah mata hidung si perompak melihat barang-barang yang serba mahal didalamnya.
Tengah si perompak ni syok memunggah barang suddenly tiba-tiba terdengar bunyi orang tengah buka pintu pagar.Cuak dengan keadaan tersebut si pencuri menyoroklah kat dapur.Nak jadi cerita si tauke cina (tuan rumah) dengan penatnya terus naik tangga tanpa tutup pintu dab atau tinjau keadaan dalam rumahnya (penat sangat kot).
Si pencuri pon gembira kerana kecuaian tauke tersebut sehingga tanpa disedari telah terlanggar kaca.Bunyi kaca pecah itu mengejutkan tauke tersebut. 'aiyaaaa, sapa mau bikin kacau sama saya tengah malam ini maa' kata tauke sambil turun tangga.
Pencuri mula cuak.Dengan pantas pencuri itu menyalak 'woff woff,gong gong,ralf ralf'(kerana cuak semua jenis bunyi anjing dia bunyikan) 'aiyaa, wa ingat wa bela kucing ,mana ada wa bela anjing woo'
si tauke bersiap sedia dengan penyapu. si pencuri pon tukar bunyi kucing mengiau pulak.
'MEOUW' (bunyi keras) 'aik,wa ingat wa punya kucing itu betina,bila masa pulak kucing gua tukar itu punya jantina?'
si tauke semakin menghampiri dapur. si pencuri itu pon melembutkan suara. 'miaw'(bunyi lembut) si tauke pon berhenti. 'aiyakkk.baru wa ingat,wa punya kucing sudah lama mati ooo.ini bunyi hantu kucing maa'.si tauke pon terus berlari ke playground bilik.konpius dengan keadaan tersebut si pencuri pon keluar kebingungan dan cabut trus dari rumah itu tanpa apa-apa habuan.
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..
Salam..pekaba kawan2..amacm da tgk kan semua match player2 malaysia kat Thomas Cup..mm..korang tgk x LIN DAN player China 2.Kalu kita perasan..setiap pukulan ngan serangan dia mmg sangat2 laju dan tepat..tapi mamat neh mmg bakat dia dalam badminton sangat2 la superb..x caye?tgkla vdeo snie..so x hairanla dia ble kalahkan player2 hebat laen dgn selambe je kan..^^
Hebat kan..
xpe player Malaysia pon sgt2 bgus da maen..tapi da mamat neh ada mmg agak sukar la nak challenge.Last match syah tgk LIN-DAN lawan ngan TAufiq, taufiq sendiri mengaku bahawa dia sendiri da all out..tapi ternyata LIN-Dan neh mmg STARR..zz...hehe
allright..semoga ceria-ceria selalu ye..^^
Hencikvirus
Xdiligent@gmail.com
Salam..thanks to eddyboy for giving this award..actually syah mmg appreciate semua bloggers diatas kreativiti anda dalam berblogging..Neway thanks alot ye en eddy..^^
Insan muLia yg telah banyak berkorban segalanya demi mendidik satu generasi menjadi generasi yg berguna...tanpa mereka, tiadalah segala manusia yg bernama doktor, peguam, arkitek, juruterbang dan perdana menteri sekalipon...SELAMAT HARI GURU kepada guru2 yg telah banyak melahirkan insan2 mulia...kehadiranmu membawa cahaya didalam kehidupan kami...dan kepada bakal2 guru...
Suatu hari,Rasulullah S.A.W sdg berjalan pulang menuju rumah beliau.Di tgh perjalanan beliau lalu berhampiran dgn sebuah kawasan perkuburan.Tiba2,beliau terlihat seorg wanita sdg menangis teresak-esak seorg diri di tepi sebuah kubur.
Rasulullah S.A.W segera pergi menghampiri wanita itu dgn tujuan hendak menanyakan apa yg telah terjadi.
"Puan,taat lah puan kpd Allah dan banyakkan bersabar,"kata Rasulullah,cuba memujuk wanita itu.Wanita itu tidak peduli dgn kata2 Rasulullah malah dia menghalau beliau supaya pergi dr situ.
"Pergilah kamu dari sini!"tenking wanita itu.
Wanita itu sdg teramat sedih dan bingung.Kubur itu adalah kubur anaknya yg baru meninggal dunia.Kerana terlalu sedih,dia tidak sedar apa yg dikatakannya.
Rasulullah S.A.W terus beredar meninggalkan wanita itu.Kemudian wanita itu diberitahu org yg ditengkingnya tadi adalah Nabi Muhammad.Barulah wanita itu sedar dan menyesal.
Wanita tersebut segera pergi menemui Rasulullah untuk meminta maaf."Sebenarnya waktu itu saya tidak tahu siapa Tuan,"kata wanita itu penuh sesal.
Rasulullah S.A.W dpt memahami perasaan wanita itu."Ketahuilah puan,kesabaran itu letaknya semasa seseorg itu sdg sgt bingung menghadapi masalah,"kata Rasulullah kpd wanita tersebut.
IPman neh mmg sgt2 best..cite neh syah da tgk hampir 3 kali..dan scene-scene dia mmg superb..cite dia ttg seni wing chun..kalu kita silat la cam gitue..^^..
Encik IPman neh adalah guru kepada BRuce LEe..technique dia mmg practical ..kalu kat malaysia org panggil KUntau..hehe..ok..Sebuah lagi citer yg sedang ditayangkan di pawagam.. Kesinambungan dari citer Ip Man .. Genre: Action | Biography | History .. Sila join menggunakan hj split atau 7zip sebelum play..
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Hencikvirus bangun2 j trus bukak lappy chek belog.Tengok2 kiri kanan semua tgh tebungkaq" tdo lagi...."tebungkaq=bersepah..hehe..loghat utagha sket.... Wah tetiba terkejut Hencikvirus..da dpt award la pagi2 ahad yg cejuk ngan amat best tido overdost neh...yela baru abis last paper degree smalam..Merdeka..^^..
Award dapat dari iniAku Sape? bukan saya...iniAku la..xpaham..huhu..nevermind lah..hehe..
mmm...Walaupun beliau merupakan org yang baru dikenali, tu sebab delay sket kedatangan award ni.Tapi apa2 pon..award neh mmg motivasi kepada blogger2 gitu..cewah..cakap da mcm Bangnil la pulak..^^
Award dah cantek kaler pink, tapi belog aku ni kaler Itam la? mcm mencapap sket. Tapi takpe, yg penting rama-rama tu kaler kuneng ngan ada ros merah lip lip gitu..^^..walaupun award neh untuk beautiful blogger..Eh ak laki pon beautiful jgk k??..adess..zasss..xpe blog ak beudifull gitu-gitu sket pon kira ok la 2..
Ada 4 benda yg perlu dibuat untuk mengsahihkan award ini.
1. Buat entry tentang award yg cantik ini -checked- 2. Copy badge 'Beautiful Blogger Award' ini -checked- 3. Ucapan terima kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut-checked- 4. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima award
So mase untuk menterjah blogger lain, 15 eh?
wah nak kasi satu pon memikir neh..^^ ok.. Hencikvirus anugerahkan award neh kepada blogger2 yang best dan menarik..
Ok..atas tips tuan penasihat..so Hencikvirus memberikan award neh kpd followers encikvirus.blogspot..so sudi2 la ye tampalkan award beatiful blogger neh kat blog2 anda..sharing is caring..hehe
Aminulrasyid Amzah's friend Azamuddin Omar, who was with Aminulrasyid on April 26, relates the event leading to the fateful shooting.This is the continuation from my past entry.CLICKME.
As public people,we must know our right and know the truth about all the tragedy happend around us..lets observe this case as an example for our life experience...^^
Keperihatinan kita mencorakkan masa depan kita semua..
Sila join menggunakan hj split atau 7zip sebelum play.. ~SELAMAT MENONTON~
Hencikvirus
Xdiligent@gmail.com
Monday
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman..
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik....
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Berikan keadilan buat arwah n family..... yang x bersalah menjadi mangsa, lakukan siasatan dengan betul n telus n berikan hukuman yang setimpal kepada yang bertindak sedemikian... jangan sampai ader lagi mangsa yang x bersalah.....
lagi keratan petikan dari malaysiakini
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.
Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.
Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.
Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.
“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.
Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.
Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.
Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.
Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.
All malaysian lets support this case as our right.
KUMPULAN rock legenda, Deep Purple, akan mengadakan konsert Deep Purple Asia Tour 2010 Live in Malaysia, bertempat di Arena of Stars, Genting Highands, jam 8 malam, 16 Mei ini.
Diasaskan di Hertford, England pada 1968, kumpulan ini seangkatan dengan Led Zeppelin dan Black Sabbath, serta dianggap antara pencetus irama hard rock moden dan heavy metal, walaupun sebahagian anggota kumpulan itu enggan memasukkan Deep Purple dalam mana-mana kategori tadi.
Kumpulan yang dianggotai Don Airey, 61, Ian Gillan, 64, Roger Glover, 64, Steve Morse, 55, dan Ian Paice, 61, sebenarnya turut mencampurkan eleman klasikal, rock blues, pop dan rock progresif dalam muzik mereka. Sehingga kini, mereka berjaya menjual lebih 100 juta album di seluruh dunia.
Lagu paling popular mereka termasuk Black Night, Highway Star, Smoke on the Water, Speed King, Fireball, Strange Kind of Woman, Child in Time dan Space Truckin.
Deep Purple yang mempunyai 18 album itu juga dilihat sebagai kumpulan paling banyak mengadakan siri jelajah dunia. Sejak 1968 hinggalah ke hari ini (kecuali waktu mereka berpisah seketika pada tahun 1976-1983), mereka terus mengadakan persembahan di serata dunia.
Kepada peminat setia Deep Purple, peluang ini tentunya tidak akan dipersiakan.
Tiket berharga RM468, RM368, RM268 dan RM168 mula dijual 22 Mac lalu.
Untuk tempahan, sila hubungi hotline 03-2718 1118 atau layari disini .
Kepada yang fan band2 lama neg..jom2 g tgk..tapi harga ticket kena korek tabung la sket..^^