kelik-kelik aje..^^

Friday

Tips Untuk Kejayaan (INtervIew)

 
Temuduga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temuduga anda dikehendaki menjual anda secara cergas dan giat mulai dari anda sampai hingga anda bertolak dari tempat temu duga. 

Seseorang yang mencari kerja boleh membuat persediaan untuk sesuatu temuduga kerja dengan menduga soalan-soalan temu duga, menyelidik latar belakang majikan, menyediakan  rangka jawapan  bagi soalan-soalan yang mungkin ditanya dan menyebut berulang-ulang jawapan itu (tanpa menghafaz). 


Ikutlah petua yang berikut bagi mencapai kejayaan dalam temuduga  anda.

                                               
Sebelum temuduga anda


  • Dapatkan  pelbagai maklumat tentang  organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon  itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’


  • Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya  pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta  anda menanyakan soalan.  

    Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat  merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah pengurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran  yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya.


  • Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi  atau pakaian  dengan tali leher sahaja adalah sesuai.

                                                    
Semasa temuduga anda


  • Tiba sekurang-kurangnya  30 minit sebelum temu duga diadakan.  


  • Beri  salam kepada panel penemuduga


  • Dengar dengan teliti  semua soalan dan beri jawapan yang bernas .


  • Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.


  • Berbual secara  terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda


  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.

    Amacam? anda bagaimana?
    Semoga Bermanfaat..^^
    HEncikvirus

4 Memberi Pendapat:

RF4BI said...

nice info encik..... :)

mimi said...

"salm...pg sabtu disini......"

perondajaketbiru74 said...

bro gua ada satu entry pasal interview ni gak....gua dah link entry lu ni kt gua py blog...

miZz_nizZ said...

haha..bdak2 skang mnt ben10 kn?