kelik-kelik aje..^^

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Sunday

3 Langkah, dan 7 cara berkesan untuk memperbaiki Attitude

Kita semua sedar banyak benda yang terjadi adalah tidak mengikut kehendak dan apa yang kita rancang, dan kadangkala perkara negative yang berlaku menyebabkan kita patah semagat dan hilang keyakinan diri, dan sememangnya sungguh mencabar untuk kita terus kekal bersikap positif dagan semua dugaan dan cabaran yang kita tempuhi setiap hari. Jadi saya ada beberapa petua yang mungkin dapat membantu memperbaiki attitude dan menjadikan kita seorang yang lebih Positif dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencababar ini.

LeVEL 1
Ini adalah Fasa pertama dan yang paling penting yang harus kita lakukan sebelum kita teruskan ke fasa yang selanjutnya, Fasa ini bertujuan untuk menutralkan dan memulihkan mindset kita, dan menuteralkan sedikit tekanan yang kita hadapi.

1. Berterima kasih /Bersyukur/ Hargai

•Buat kan satu senarai perkara yang anda rasa anda amat bersyukur atau hargai kerana telah terjadi pada anda. Tapi ingat ini akan menjadi Sesuatu tugasan yang amat sukar sekiranya anda telah debelengu oleh tekanan dan sifat negative dalam jangka masa yang lama, tetapi sedarlah bahawa sebenarnya sentiasa ada perkara yang sepatutnya anda bersyukur, walaupun sekadar makanan untuk anda makan, udara untuk bernafas, angota badan yang masih berfungsi dan sebagainya. Untuk keputusan yang berkekalan, tananmkan tekad dalam diri anda untuk menyenaraikan sekurang kurangnya satu perkara yang amat hargai setiap hari, Dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan sifat negative dan anda akn dapat megurangkan tahap tekanan yang anda alami, dan ianya dapat menyedarkan anda bahawa masih banyak perkara baik yang masih berlaku pada diri anda.
2. Semua yang terjadi ada sebabnya

•SEMUANYA, Ya saya maksudkan semuanya yang terjadi pada kita ada sebabnya. Jika anda mula menilai setiap situasi yang menekan dan mendesak anda dan cuba jadikan ianya sebagai satu cabaran kearah kebaikan dan bukannya tekanan dan sesuatu yang merugikan anda,Anda sebenarnya sudah mula mengubah sikap anda, contohnya jika anda telah terjebak dalam kesesakan lalulintas munkin ini sudah ditakdirkan supaya anda tidak akan terlibat dalam kemalangan yang mungkin akan terjadi keatas anda jika tidak dihalang oleh kesesakan lalulintas itu, atau jika anda diberhentikan kerja angaplah ia sebenarnya permulaan bagi anda untuk mandapat kerja yang lebih baik, Sebenarnya semua perkara boleh di lihat dalam dua persepsi yang berbeza iaitu negative dan positif, jadi latihlah diri anda untuk menilai sesuatu dalam persepsi yang positif kerana ianya akan membantu untuk mengubah sikap anda.

LEVEL 2
Fasa 2 ini bertujuan untuk megurangkan tekanan (lebih kepada sains) fasa ini lebih senang untuk dilakukan jika anda sudah berjaya di fasa yang pertama, (kalau kepala dah serabut, perasaan tak tenang macam mana nak gelak bila ada orang buat lawak, kang tak pepasalPELAWAK tu jadi PESAKIT. Nak bersenam jauh sama sekali )

3. Lawak Jenaka

•Lawak jenaka ni lebih kurang macam senaman, ia juga dapat merangsan tubuh untuk menghasilan bahan kimia pada otak yang boleh megurangkan tekanan dan secara tak langsung dapat mengalihkan focus kita kepada benda lain dari sikap negative kita. Bahkan menurut kajian ketawa adalah terapi yang baik untuk tekanan,
4. Senaman

•Hehehe Saya tau perkara ini memang menakutkan tetapi jujur saya katakana ini merupakan asas utama yang boleh memberikan kesan serta merta, kerana senaman boleh menghasilkan bahan kimia dalam otak kita yang dapat membant melegakan tekanan , walaupun sekadar menari bila mendengar lagu kesukaan anda.

LAVEL 3
Fasa 3 adalah fasa yang akan melatih dan membentuk sikap dan keperibadian anda, Fasa ini juga juga akan megubah sikap negatif yang sabati dalam diri anda. Fasa Mungkin akan menjadi sia sia jika ada gagal dalam 2 fasa yang sebelumnya.
5. Lihat , baca atau dengar dari mereka yang anda kagumi ( Pembakar Semangat )

•Tengok dengar atau baca darimana mereka bermula, apa yang mereka lalui, tekanan yang mereka hadapi dan kesukaran yang mereka tempuhi sehingga mereka dikagumi, ini dapat menyedarkan kita bahawa apa yang kita hadapi sekarang tidaklah seteruk mereka, dan semestinya kita juga mampu sapai apa yang telah mereka capai atau mungkin lebih baik dari mereka
6. RAKS – Random Acts of Kindness. (buat kebaikan tanpa memilih orang)

•Cuba luangkan sedikit masa dari dunia sikap negetif kita yang menyeramkan itu untuk berbuat baik pada seseorang, kerana ini terbukti dapat memperbaiki sikap kita dengan serta merta, tidak semestinya anda menderma ribuan ringgit atau membina rumah anak yatim, tetapi cukup sekadar dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada posmen yang menghantar surat saman trafik anda, senyum kepada orang yang anda tidak kenali selepas dia terlangar anda dan mintak maaf kepadanya walaupun dia yang langar anda, atau berikan pujian kepada orang yang anda saying, dan kalau mampu cuba belanja minum orang yang anda tak kenali.
7. Raikan Kejayaan anda

• Fikirkan semua perkara yang telah Berjaya anda lakukan sepanjang hidup anda, cara ini hampir sama dengan bersyukur , Sebagai permulaan anda boleh lakukan dengan cara yang sederhana, Tetapi harus ingat jagan ada “ TAPI “,( boleh tapi, Berjaya tapi. ) dalam diri anda, dan kalau anda mampu cuba raikan kejayaan anda degan cara yang paling meriah, lakukan apa saja yang anda suka bagi meraikan kejayaan itu, bergembiralah degan sepenuh hati, (jagan melampaui batas agama dan moral dah)
P/s : kejayaan hadir dalam berbagai bentuk dan rupa, contohnya, Berjaya menamatkan pelajaran, Berjaya membali rumah, Berjaya memiliki isteri anda, Berjaya melakukan senaman, dapat makan makanan kesukaan anda, dan macam macam lagi (tak kira la sekecil mana pun)

Iklan Raya Proton Unsensored

BEst iklan neh..

Friday

Tips Untuk Kejayaan (INtervIew)

 
Temuduga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temuduga anda dikehendaki menjual anda secara cergas dan giat mulai dari anda sampai hingga anda bertolak dari tempat temu duga. 

Seseorang yang mencari kerja boleh membuat persediaan untuk sesuatu temuduga kerja dengan menduga soalan-soalan temu duga, menyelidik latar belakang majikan, menyediakan  rangka jawapan  bagi soalan-soalan yang mungkin ditanya dan menyebut berulang-ulang jawapan itu (tanpa menghafaz). 


Ikutlah petua yang berikut bagi mencapai kejayaan dalam temuduga  anda.

                                               
Sebelum temuduga anda


  • Dapatkan  pelbagai maklumat tentang  organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon  itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’


  • Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya  pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta  anda menanyakan soalan.  

    Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat  merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah pengurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran  yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya.


  • Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi  atau pakaian  dengan tali leher sahaja adalah sesuai.

                                                    
Semasa temuduga anda


  • Tiba sekurang-kurangnya  30 minit sebelum temu duga diadakan.  


  • Beri  salam kepada panel penemuduga


  • Dengar dengan teliti  semua soalan dan beri jawapan yang bernas .


  • Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.


  • Berbual secara  terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda


  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.

    Amacam? anda bagaimana?
    Semoga Bermanfaat..^^
    HEncikvirus

Sunday

Di Mana Letaknya Kesabaran

Suatu hari,Rasulullah S.A.W sdg berjalan pulang menuju rumah beliau.Di tgh perjalanan beliau lalu berhampiran dgn sebuah kawasan perkuburan.Tiba2,beliau terlihat seorg wanita sdg menangis teresak-esak seorg diri di tepi sebuah kubur.

Rasulullah S.A.W segera pergi menghampiri wanita itu dgn tujuan hendak menanyakan apa yg telah terjadi.

"Puan,taat lah puan kpd Allah dan banyakkan bersabar,"kata Rasulullah,cuba memujuk wanita itu.Wanita itu tidak peduli dgn kata2 Rasulullah malah dia menghalau beliau supaya pergi dr situ.

"Pergilah kamu dari sini!"tenking wanita itu.

Wanita itu sdg teramat sedih dan bingung.Kubur itu adalah kubur anaknya yg baru meninggal dunia.Kerana terlalu sedih,dia tidak sedar apa yg dikatakannya.

Rasulullah S.A.W terus beredar meninggalkan wanita itu.Kemudian wanita itu diberitahu org yg ditengkingnya tadi adalah Nabi Muhammad.Barulah wanita itu sedar dan menyesal.

Wanita tersebut segera pergi menemui Rasulullah untuk meminta maaf."Sebenarnya waktu itu saya tidak tahu siapa Tuan,"kata wanita itu penuh sesal.

Rasulullah S.A.W dpt memahami perasaan wanita itu."Ketahuilah puan,kesabaran itu letaknya semasa seseorg itu sdg sgt bingung menghadapi masalah,"kata Rasulullah kpd wanita tersebut. 

Semoga bermanfaat..^^
Hencikvirus

Wednesday

Tips Kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Semoga bermanfaat..^^
Hencikvirus
xdiligent@gmail.com

Thursday

Blog Link Exchange

[Jom Exchange Link Di Encikvirus.blogspot.com]
Salam para pengunjung & blogger sekalian. Terima kasih kerana sudi mengunjungi encikvirus.blogspot  ini.
Berblogging adalah salah satu cara medium komunikasi baru berdasarkan minat dan kesukaan terhadap sebuah bidang.Berblogging juga adalah tempat untuk bersilaturahmi dan mejalin persahabatan dan cara yang paling mudah adalah dengan melakukan tukar link.
Bagi anda yang ingin tukar link dengan Encikvirus, caranya senang sahaja... beri komen di bawah post ini dan pastikan link saya sudah di pasang dan saya akan link blog anda balik.

Step mudah encikvirus listkan sinie k..^^
1)Nickname
2)BLog URL
3)komen anda (optional)
4)Pastikan LINK encikvirus telah dipasang di blog anda
5)Selesai 4 step?..inform encikvirus snie untuk letak link anda..mudah kan??






Jom sama-sama kita tingkatkan network traffic kita..Semoga bermanfaat..^^
Encikvirus
xdiligent@gmail.com

Saturday

TIPS :Berblogging..JOm kongsi pendapat

Assalamualaikum...
Encikvirus memulakan entry harineh dgn salam..kan sunnah bg salam ..btul x kwn2?..hehe..apa kaba bloggers tegar sekalian..harap2 sihat dan ceria la naaa...hehe

hmm...tiba-tiba rasa mcm nak update blog cerita pasal...pasal pe ek???..hmm..manakah perginya idea2 ku neh..jap nak sedut blk ..yela da 2 minggu asik dlm lab j wat projek..syukur da siap..FYPku bakal berada di IEEE soon..hehe..jap2,haa br teringat....lampu da menyala kat kpala ak da..nak wat tentang...ak nak wat tentang konsep berblogging. 

Kebetulan ramai juga yang bertanya bagaimana ini dan itu. Maaf aku katakan, sebab aku ni baru je nak bertatih.Fuhhhh, banyak lagi yang aku tak explore pasal dunia blog ni. Terlalu banyak.Tapi encik nuffnang da bagi ak income yg sgt2 syiok..tq2 encik nuffnang..^^

Idea bagus
Idea aku ni takde lah bagus mana untuk entry baru aku, aku cuma taip apa yang terlintas di fikiran sahaja. Contohnya, sekarang ini aku baru j blk mkn satay hj samuri..haa ble cite pasal kekenyangan  ak skrg..hehe *yaa topik baru tu. hehe

Tips dari senior-senior blogger
Ini memang aku pernah buat dulu. Rajin sungguh aku duduk depan lappy membelek post demi post dalam blog tersebut. Hanya untuk mengetahui tips yang bagus untuk blog aku. Contoh blog: Onizuka. Entry senior ini memang mantap ah sebab apa yang di cakap, mendatangkan hasil. *muahahaha. suka aku.

- Ada gambar dalam entry supaya pembaca tak bosan. Juga rajin sedikit tekan enter supaya terlihat perenggan agar entry lebih kemas dan pembaca juga akan selesa.


- Rajin komen blog lain. Jangan memharapkan orang lain komen di blog anda sahaja, tetapi kita juga perlu berinteraksi dengan blog-blog lain. Disitu kita akan menarik mereka untuk datang ke blog kita. The more you give, the more you get! :D (lakukan selama seminggu)



- Rajin berblogwalking dari satu blog ke satu blog. Kalau waktu pagi dapat 20 visitors, petang dapatkan lagi 20 visitors yang berlainan dan begitu juga untuk waktu malam. Dari sini juga, mungkin ada blogger yang akan menjadi follower blog anda.

- Rajin mengupdate blog. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Update pula perlu cari waktu sesuai. Dinasihatkan jangan update blog pada waktu pagi-pagi buta kerana kekurangan pembaca. (sibuk tidur diatas katil tahu tak..^^)
- Kalau susah sangat nak dapat visitors, buatlah satu tajuk yang hangat gila waktu sekarang ini. Contohnya dulu kes Benjy sangat howt diperkatakan. Memang traffic walaweh akan tinggi. Orang akan search di Google dan blog anda akan tersenarai di situ.

Erkkk! Aku rasa itu sahaja yang aku buat setakat ini. Alhamdulillah ada sedikit kemajuan untuk blog aku ini. Walau apapun terima kasih kepada yang sudi baca blog tak seberapa ini...^^daa..

Encikvirus
xdiligent@gmail.com
YM = syahchudburrey@yahoo.com

Friday

TIPS : LIma Sebab Paling Best Kenapa Orang Berblogging

Salam, kali ni syah wat entri pasal blogger. Selalunya syah post tentang macam2 isu tapi hrneh jari macam lincah j nak menaip..hehe..Actually ak br j berblogger secara lebih serius, dulu just macam suka-suka je, First time syah berblogger, syah hanya update 2 3 kali j smggu... Biasa lah orang baru berblogging.HMm...ok lah..hrneh syah nak cite pasal blogging activity neh.. Tajuk entri syah ialah "LIma Sebab Plg Best Kenapa Orang Berblogging". Syah  list'kan kat bawah ye:
1. Hanya Untuk Suka-Suka
Kebanyakan orang berblogging hanya untuk suka-suka, tapi bukan semua orang ler, sesetengah orang jer... syah pun first time berblogging pun hanya untuk suka². Tapi sekarang aku dah tau kenapa aku berblogging.

2. Hanya Untuk Wang
Sesetengah orang pulak berblogging untuk mencari duit saje. Sememangnya dengan berblogging memang boleh mendatangkan duit yang banyak. Berblogging sangatlah setimpal dengan masa yang dihabiskan.So ape la gi..setup la blog anda..^^..berbaloi-baloi..

3. Hanya Untuk Popular
Aku ni bukannya artis. Kita berblogging dengan niat yang betul, bukan nak popular. Honestly, tiada langsung wujud soal mahukan populariti dalam berblogging.Tapi kalu da niat wat blog nak popular..hmm..lambat laun popular blog jela..tapi niat kena betul..janji puas ble meluahkan smthg..

4. Hanya Untuk Kepuasan
Jangan hanya berblog untuk kepuasan sendiri. Nanti jadinya syok sendiri. Tapi kebanyakkan orang berblog untuk kepuasan. syah pun begitu jugak dulu, sekarang tidak dah. Budak-budak sekarang dah ramai berblogging, tapi tak  nak updates, aku bukan ibarat 'jaga tepi kain orang'. Ini pendapat aku jer...hehe..^^
5. Untuk Mencari Rakan
Aku tak nafikan orang berblog untuk mencari rakan. Sekarang ni aku dah banyak kenalan internet kerana berblogging, kat facebook, kat twitter dan kat blog ak...actually bgs sebenarnya...^^

Semoga bermanfaat..^^
encikvirus
xdiligent@gmail.com

Wednesday

Bagaimana membuat pencuri HAndset kecewa dengan anda !!



Hmm..katakan i-phone or blackberry kita ilang ..so apa perlu kita buat?..

a) Redha jela..
b) iskh..geramnye..
c)kalau aku dapat pencuri neh..ee..
d )Prepare ngan tips yang syah akan eloborate dibawah..

Haa..pilih2..murah2...hehe..ok,pertama sekali..ada technique yang ble kita cuba, pertama sekali kita perlu menyemak nombor siri telefon dengan key in numb neh * # 06 # di mana sejumlah 15-digit series number akan muncul pada skrin...try la tgk..haaa..kan ade 2..^^ Simpan la series number 2 untuk buat rujukan nanti...^^.Kenapa kena series number?iskh..simpan jela dulu..^^


nak tau nape?..haa..kaluaulah terjadinya anset kita ilang...so kalu nak kenakan pencuri 2 balik.., pemilik boleh menghubungi Pembekal Perkhidmatan untuk mematikan telefon dengan memberikan hanya nombor siri yang kita simpan td...Sng kan??..xsng?..hehe

Itu bemaksud orang yang mencuri atau menerima telefon curi tadi tidak boleh menggunakan anset itu sama sekali bahkan jika mereka memasukan kad SIM baru pon xble..padan..hehe. Jika semua orang tahu tips ini, maka berkuranglah kes ilang anset neh...hehe..anyway nest time syah share tentang Tips laen lak k...Selamat beramal..5 minit j for safety..^^

Encikvirus
xdiligent@gmail.com
YM=syahchudburrey@yahoo.com


Tuesday

Tips Memilih Kursus IPTA /IPTS


Peperiksaan  SPM  dijangka pada 22nd November 2010. Kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM,berusahalah sebaek mungkin.Kalu dapat 10A1 mesti mak ayah terharu gila...hehe..syah dulu SPM ok la..tapi xdela sampai 10A..mmm..

Tapi,tahukah apa yang harus anda lakukan selepas result SPM kluar?sambung belajar atau tidak?..mmm..kalu result ok bla la demand sket nak mintak mane2..tapi kalu result cukup2 makan aje..camne lak??... Percayalah..SPM bukan segala-galanya. Masih ada banyak  ruang untuk berjaya lagi dalam hidup. Ok..dah dapat result, mesti tgh peningkan nak fikir sambung belajar ke mana. Banyak pilihan ni..matriks, diploma, oversea, asasi. 

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya rasa macam nak berkongsi dengan adik-adik yang akan melangkah ke alam lepas sekolah ni. Tips ini untuk memilih kursus di IPTA.

1. Banyak kursus kat IPTA tu. Bukan setakat engineering, medic, farmasi, pendidikan. Pastikan kita tahu apa yg kita minat. Bukan pengaruh org lain. Setiap bidang tu..insya Allah ada rezeki masing2..

2. Tengok balik pada result..apa kekuatan kita. Subjek mana yang strong. Sebab nak compete ngan ramai lagi yang lebih baik dari kita. Cam saya dulu lepas SPM,tolak matrix..nape?x rugi k?..mmm...mula2 mmg rasa mcm rugi,tapi lps blaja Diploma trus rasa best coz at least sijil Diploma ble wat backup cari keja nanti..hehe. 

Lepas j 3 taun,syah trus sambng Degree..haa kan da ada 2 sijil..market ble demand sket...Tapi masuk matrix pon xde masalah..tapi kena extra double struggl0e la blaja..coz takut nanti bila kita pilih bidang yang popular dengan kelayakan kita yang gitu2 aja, jadi calon lelong. Nanti dapat result IPTA, lansung tak dapat bidang yang kita pilih...pastu wat xnak blaja lak..rugi2..^^

3. Sembahyang Istikarah. Ini sangat penting. Kita pun tak tahu sejauh mana kemampuan kita dalam bidang yang kita pilih. Mungkin ada pilihan yang lebih baik untuk kita. Kadang-kadang apa yang kita suka bukanlah yang terbaik untuk kita, mungkin apa yang kita tak suka itulah yang terbaik. Allah maha mengetahui tentang hambaNya. 

Alhamdulillah, bidang yang saya dapat masa ijazah dulu adalah pilihan yang diambil dari apa yang diilhamkan olehNya. Alhamdulillah...suksess..eh pinjam sat words seberang..^^.

4. Bertanya pada saudara-mara atau sesiapa yang kita kenal yang mempunyai karier dalam bidang yang kita rasa nak pilih. Mungkin boleh dapat sedikit overview untuk membuat keputusan.

5. Kredibiliti IPTA? Hmm..pendapat peribadi saya..semua tempat sama ja. Yang penting diri kita..usaha kita.

Buatlah pilihan dengan bijak. Belajar kat universiti tak sama macam kat sekolah. Kadang-kadang student yang tak score masa SPM, boleh dapat CGPA tinggi masa universiti. Yang penting sentiasa berusaha membaiki diri. Selamat berjaya :-)

Encikvirus
Xdiligent@gmail.com

Saturday

Cara-cara nak cover malu (evergreen post)

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai.... lepas tu baru bgn bila takder org nampak....


2. Kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda
semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya org ingat anda saje2 buat lawak.....

3. Kalo terjatuh tangga: Trus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk
halus...

4. Kalo terjatuh dlm longkang: Pungutlah sampah
yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org
menyangka anda seorg yang amat prihatin
terhadap kebersihan.

5. Kalo jatuh ketika nk naik bas: Jeritlah
kuat2... "oii! Apa tolak2 ni?". walaupun tiada org di
blakang anda.

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: Terus buat2
pengsan sehingga ada org membantu anda... kalo
takde.. baring trus sampai mlm dan takder org kat
bus stop tu.. haaa.. nilah masa yg sesuai utk
bangun semula.

7. Kalo jatuh tergelincir kt lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kt sebelah anda)
utk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang jer yang dpt malu... ye tak?.

hehe..just for laugh k..
encikvirus
xdiligent@gmail.com

Wednesday

BASIC ChORD GUITAR

Salam,hrneh memang agak free..so syah pon dengan perasaan penuh semangat neh trus on lappy then bukak snie..^^..mm..hari neh syah nak kongsi tentang basic chord guitar.GUitar?best kan..hehe..tapi kalu neh bkn syah la yang demo..credit to encik youtube k..

Basicly,guitar neh ada various chord...bass chord,power chord,appregio dan beberapa lagi.Ada x guitar?..hehe..syah ade 2 j guitar,yang first CLassical guitar brand VAlencia..tapi syah x cukup feel la men spanish guitar neh..lagu plg best syah maen adalah ROmantika..penah denga?mmg layan...

Second guitar,YAMAHA F310..yang neh acoustic guitar..mmg layan abiss...^^..skali strumming..pergh..mmg syiok la..hehe..soon syah upload my jamm video lak k..Neway syah attach basic chord kat bawah for refresh our knowledge on CHOrds..^^..daa..



For the next entry,syah will embeded the strumming pattern lak k..jom goreng sampai hangit..^^
EncikVirus
xdiligent@gmail.com

Saturday

ISUHANGAT??Tips?BLOGGER?apa kaitan neh..^^

Gamba: the real upin ipin..hehe..amacam xde pecaye k..actually syah jupe masa merayap2 cari bahan project ..hehe..Hurmm...Tiba-tiba rasa mcm nak update blog cerita pasal...pasal pe ek???..hmm..manakah perginya idea2 ku neh..jap nak sedut blk ..yela da 2 minggu asik dlm lab j wat projek..syukur da siap..FYPku bakal berada di IEEE soon..hehe..jap2,haa br teringat....lampu da menyala kat kpala ak da..nak wat tentang...ak nak wat tentang tips berblogging. Bukannya reti dan hebat sangat sebenarnya, tetapi sakadar hanya untuk berkongsi. Kebetulan ramai juga yang bertanya bagaimana ini dan itu. Maaf aku katakan, sebab aku ni baru je nak bertatih. Nuffnang tu pun baru tahu apa function dia. Pagerank pulak baru nak tahu sikit-sikit. Fuhhhh, banyak lagi yang aku tak tahu pasal dunia blog ni. Terlalu banyak.Tapi encik nuffnang da bagi ak income yg sgt2 syiok..tq2 encik nuffnang..^^
Idea bagus
Idea aku ni takde lah bagus mana untuk entry baru aku, aku cuma taip apa yang terlintas di fikiran sahaja. Contohnya, sekarang ini aku baru j blk mkn satay hj samuri..haa ble cite pasal kekenyangan  ak skrg..hehe *yaa topik baru tu. hehe
Tips dari senior-senior blogger
Ini memang aku pernah buat dulu. Rajin sungguh aku duduk depan lappy membelek post demi post dalam blog tersebut. Hanya untuk mengetahui tips yang bagus untuk blog aku. Contoh blog: Onizuka. Entry senior ini memang mantap ah sebab apa yang di cakap, mendatangkan hasil. *muahahaha. suka aku.

- Ada gambar dalam entry supaya pembaca tak bosan. Juga rajin sedikit tekan enter supaya terlihat perenggan agar entry lebih kemas dan pembaca juga akan selesa.

- Rajin komen blog lain. Jangan memharapkan orang lain komen di blog anda sahaja, tetapi kita juga perlu berinteraksi dengan blog-blog lain. Disitu kita akan menarik mereka untuk datang ke blog kita. The more you give, the more you get! :D (lakukan selama seminggu)


- Rajin berblogwalking dari satu blog ke satu blog. Kalau waktu pagi dapat 20 visitors, petang dapatkan lagi 20 visitors yang berlainan dan begitu juga untuk waktu malam. Dari sini juga, mungkin ada blogger yang akan menjadi follower blog anda.

- Rajin mengupdate blog. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Update pula perlu cari waktu sesuai. Dinasihatkan jangan update blog pada waktu pagi-pagi buta kerana kekurangan pembaca. (sibuk tidur diatas katil tahu tak..^^)
- Kalau susah sangat nak dapat visitors, buatlah satu tajuk yang hangat gila waktu sekarang ini. Contohnya dulu kes Benjy sangat howt diperkatakan. Memang traffic walaweh akan tinggi. Orang akan search di Google dan blog anda akan tersenarai di situ.

Erkkk! Aku rasa itu sahaja yang aku buat setakat ini. Alhamdulillah ada sedikit kemajuan untuk blog aku ini. Walau apapun terima kasih kepada yang sudi baca blog tak seberapa ini...^^daa..

syah@thebirds
xdiligent@gmail.com
YM = syahchudburrey@yahoo.com

Wednesday

TIPS : LIma Sebab Paling Best Kenapa Orang Berblogging

Salam, kali ni syah wat entri pasal blogger. Selalunya syah post tentang macam2 isu tapi hrneh jari macam lincah j nak menaip..hehe..Actually ak br j berblogger secara lebih serius, dulu just macam suka-suka je, First time aku berblogger, aku hanya update 2 3 kali j smggu... Biasa lah orang baru berblogging.HMm...ok lah..hrneh ak nak cite pasal blogging activity neh.. Tajuk entri aku ni ialah "LIma Sebab Plg Best Kenapa Orang Berblogging". Aku list'kan kat bawah ye:
1. Hanya Untuk Suka-Suka
Kebanyakan orang berblogging hanya untuk suka-suka, tapi bukan semua orang ler, sesetengah orang jer... Aku pun first time berblogging pun hanya untuk suka². Tapi sekarang aku dah tau kenapa aku berblogging.

2. Hanya Untuk Wang
Sesetengah orang pulak berblogging untuk mencari duit saje. Sememangnya dengan berblogging memang boleh mendatangkan duit yang banyak. Berblogging sangatlah setimpal dengan masa yang dihabiskan.So ape la gi..setup la blog anda..^^..berbaloi-baloi..

3. Hanya Untuk Popular
Aku ni bukannya artis. Kita berblogging dengan niat yang betul, bukan nak popular. Honestly, tiada langsung wujud soal mahukan populariti dalam berblogging.Tapi kalu da niat wat blog nak popular..hmm..lambat laun popular blog jela..tapi niat kena betul..janji puas ble meluahkan smthg..

4. Hanya Untuk Kepuasan
Jangan hanya berblog untuk kepuasan sendiri. Nanti jadinya syok sendiri. Tapi kebanyakkan orang berblog untuk kepuasan. Aku pun begitu jugak dulu, sekarang tidak dah. Budak-budak sekarang dah ramai berblogging, tapi tak tau nak updates, aku bukan ibarat 'jaga tepi kain orang'. Ini pendapat aku jer...
5. Untuk Mencari Rakan
Aku tak nafikan orang berblog untuk mencari rakan. Sekarang ni aku dah banyak kenalan internet kerana berblogging, kat facebook, kat twitter dan kat blog ak...actually bgs sebenarnya...^^



encikvirus
xdiligent@gmail.com

Monday

SPAM aka PES 2010 online?Why PES?

*Sorry blurry picture.Just click to enlarge the image for the clearer view.Tq.
 
Hmm..smalam 14 march,ak da terkena SPAM invitation ..punyala aku ingat PES(Pro Evolution Soccer 2010)..tgk2..SPAM..adusss..kena camna?haa..neh la nak story sket...
Blk dr PAS(ALAm SENtral)..ak pon nak la on9 tgk2 FB,surf2 sket and usha2 blog..time ngah sedap2 on9..tetiba plak ada new invitation..dah 2 invitation dr membe kamching ak plak 2..Hmm..ak ngan tanpa argue pape..click jela allow..yela stakat game kan ape la sgt..coz before this,all the games are all clean without anything SPAM or relevant unethical consequences kan..tgk2..HMm...ampeh..abis semua photo ngan inbox penuh..90 lbh notification trus...hahhaha..apa la aii..pastu dengan kejap j..ak dihujani msg rmai kwn2..kebanyaknye tanye..nape?pasai apa?awat byk sgt?..kena hack k FB ak?..dan plg klaka..ble lak tanya ak..syah,neh style br k nak update...hahhaa.ak nk tergelak melompat-lompat pon ada..hehe..sori my fwend,tp u so klaka la..tp ak tau die pon saja2 nk melawak time 2..
Kejap pastu 2,membe ak  EN AZ+++..pon kena benda yg sama..so inbox ktorg double la jumlahnye spamnye..haihh..xpela nak wat camne...jap,kalu terkena benda neh aka SPAM from PES,g kat ACCOUNT go to application setting,then cari PES 2010 online,then remove trus..kalu x nanti bertambah2 la berbakul2 benda neh dlm account kita...
*Sorry blurry picture.Just click to enlarge the image for the clearer view.Tq.
Neh account membe ak yg turut terkena benda yg sama..aduss xpe la azhar..nak wat cmne kan..lps neh beringat2 la invitation pape k

So moral of the story,baek ignore j application yg xbest and pelik2..kalu x camneh la jadiknya..layan sgt ye..hahhaa..selain PES ada lgk spam namanya THESIM..so watch out sebelum terkena..daa..

syah@thebirds
xdiligent@gmail.com

Saturday

CARA MEMBUAT REPOT POLIS??

Hmm..kata orang tua-tua,kaluau x penah terkena kita pon x tau macam mana rasanya..kalu fikir2 balik..betui jugak kan..last 2 weeks ago,syah pon terlibat ngan satu accident neh..tapi ok la injured jari j kena 6 jahit..hehe..hero kena la tahan sakit sket..xpe tue cite lepas..so moral of the story,syah nak kongsi lak...
Kalaulah terjadinya accident kat kita..apa yang harus kita buat?..katakan anda baru ja beli keta HOnda City..baru je koyak plastic..punyalah syiok drive keta baru..sampai la kat Kota Damansara,tup..tup tetiba ade la lori simen k..lori ayam k langgar bontot keta baru 2...wahhh..nak jadi HULK pon ade kan..TAPI...
HAaa..kalu kita x tau LAW, jgn kita maen hentak j org 2..nanti silap2..keta rosak,badan pon sakit..so zaman pon da moden ..org skrg pakai undang2 kan..so nak claim insurance pon kena ade law and step dia..nak tau??..haa..neh syah masukan step apa yang harus kita buat kalau terjadinya benda2 macam neh..yelah sapa mau susahkn diri kan..hehe

CARA MEMBUAT REPOT POLIS

Carta Aliran
Mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah, apabila pengaduan atau repot dibuat kepada seorang Ketua Polis Balai (KPB) berkenaan kejadian sesuatu kesalahan, KPB itu atau pun pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis hendaklah dibaca semula kepada pengadu. Setiap pengaduan hendaklah ditulis dalam buku laporan yang disimpan oleh KPB dan hendaklah ditulis tarikh dan waktu aduan dibuat, samada diberi dengan tulisan atau percakapan. Setelah menulis pengaduan itu dikehendaki ditandatangan oleh pemberinya atau pengadu.

Bagaimana?
Pengaduan boleh dibuat melalui dua cara, iaitu :
Pengaduan boleh dibuat secara lisan dan ditulis oleh anggota polis yang menerima pengaduan.
Pengadu menulis sendiri aduannya dalam borang Pol. 55
Pengaduan boleh dibuat di mana-mana balai polis, walaupun kejadian berlaku diluar kawasan balai berkenaan (termasuk kes Trafik).

Menulis sendiri repot
Borang Pol. 55 boleh didapati secara percuma daripada anggota polis yang bertugas di pejabat atau kaunter pertanyaan di mana-mana balai. Setiap pengaduan hendaklah ditulis dengan menggunakan pen dakwat, supaya tidak boleh dipadam, dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :
  • Tulis nama(seperti dalam kad pengenalan) dengan betul.
  • Tulis nombor kad pengenalan selepas nama anda.
  • Isikan butir-butir lain dalam borang berkenaan iaitu jantina,umur, keturunan,bahasa, pekerjaan dan tempat tinggal (nombor telefon jika ada)
  • Gunakan bahasa yang mudah dan tepat semasa menulis laporan.
  • Tulis dengan terang, jelas dan boleh dibaca.
  • Tandatangani pengaduan yang ditulis.
  • Tulis pengaduan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Ingggeris sahaja (pengaduan dalam bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan).
  • Pengadu berhak mendapat salinan pengaduan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah dengan bayaran minima sebanyak RM2.00.
Fakta-fakta diperlukan dalam repot
Sesuatu pengaduan hendaklah padat dan lengkap. Di antara fakta-fakta penting yang diperlukan ialah:
  • Apa - Kes/kejadian yang hendak dilaporkan (misalnya kecurian, pembunuhan dan sebagainya).
  • Bila - Nyatakan tarikh dan masa berlakunya kejadian itu.
  • Di mana - Nyatakan tempat/lokasi berlakunya kejadian. Nama bandar, kampung, jalan dan nombor rumah.
  • Siapa - Nyatakan butir-butir orang terlibat atau disyaki sekiranya ada saksi yang melihat dan sebagainya. Adakah mereka dikenali atau tidak.
  • Bagaimana - Nyatakan cara atau bagaimana kes itu berlaku/cara jenayah itu dilakukan. Misalnya bagaimana cara pencuri memasuki rumah.
  • Akibat - Kerosakan, kerugian, kecederaan yang dialami (anggaran harga/kos).
Cara membuat repot kemalangan jalanraya
Pengaduan kemalangan jalan raya merangkumi tiga peringkat atau proses. Peringkat I merupakan peringkat di mana pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut tampil membuat pengaduan polis. Peringkat II melibatkan siasatan pihak polis terhadap pihak-pihak terlibat serta pemeriksaan terhadap kenderaan. Peringkat III merupakan peringkat penyediaan dokumen-dokumen siasatan.

PERINGKAT 1
Mengikut peruntukan seksyen 52 Akta Pergankutan Jalan Raya 1987, setiap kecelakaan jalan raya hendaklah dilaporkan kepada polis. Pihak yang terlibat hendaklah pergi ke balai polis untuk membuat pengaduan samada dengan menulis sendiri atau melalui anggota polis yang bertugas di Pejabat Pertanyaan. Selain itu, pihak yang terlibat boleh menghubungi balai polis melalui telefon mengenai kecelakaan yang berlaku dan anggota polis yang bertugas mencatatkan segala maklumat yang diberikan. Dalam pengaduan tersebut, pihak yang terlibat hendaklah menuliskan senario kejadian yang berlaku pada sekeping kertas dan menyerahkan sendiri di balai polis untuk dijadikan laporan polis.

Maklumat-maklumat yang perlu diambil kira semasa membuat pengaduan polis adalah seperti berikut :
  • Tarikh, masa dan tempat kejadian (tanda-tanda nyata atau "landmark" boleh digunakan bagi menggambarkan tempat kejadian).
  • Pihak-pihak yang terlibat (catatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan).
  • Kenderaan, mangsa yang terlibat (termasuk kematian) dan kerosakan kenderaan atau harta awam.
  • Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil pengamatan kelima-lima pacaindera pengadu sebelum, semasa dan selepas kejadian. (Jangan sama sekali membuat andaian).
PERINGKAT II
Setelah laporan dibuat pengadu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat kes trafik. Siasatan awal dilakukan dengan merakam percakapan, pengecam tempat kejadian, pemeriksaan teliti kenderaan yang terlibat dan mengklasifikasikan kes mengikut undang-undang. Klasifikasi kes bergantung kepada keterangan fakta dan data-data yang dikumpul semasa siasatan.

Refer to Insurance
Bagi kes kenderaan kecil, tidak melibatkan kematian atau kecederaan serta kerosakan kecil ke atas kenderaan yang terlibat, pegawai penyiasat berpendapat siasatan lanjut tidak perlu, maka kes tersebut diklasifikasikan sebagai "RTI - Refer To Insurance" dan pengadu boleh membuat tuntutan sivil.

Siasatan lanjut - kertas siasatan dibuka
Bagi kes kecelakan yang serius, siasatan terperinci akan dilakukan dan kertas siasatan akan dibuka. Setelah segala keterangan serta data-data kecederaan tersebut diperolehi, pihak yang bersalah akan ditetapkan untuk didakwa.

Mengkompaun kesalahan
Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, satu notis saman akan dikeluarkan ke atas pesalah yang terlibat. Bayaran kompaun boleh dibuat dikaunter Trafik C.O.P.S - Compound On Line Payment System.

Hadir Mahkamah
Jika tidak membayar kompaun, pesalah hendaklah hadir di mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis saman.

Nota: Mengikut Seksyen 104 Akta Pengangkutan Jalan 1987 setiap kes kemalangan jalan raya samada serius atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pengadu untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada syarikat insurannya bagi membolehkan suatu tuntutan di buat di bawah sesuatu polisi.


PERINGKAT III
Salinan pengaduan boleh dibeli pada kadar yang ditetapkan sejurus pengaduan dibuat atau tidak lewat daripada tiga (3) hari dari tarikh pengaduan. Bagi dokumen-dokumen lain siasatan seperti gambar, rajah kasar dan salinan rakaman percakapan, pembekalannya bergantung kepada status siasatan dan bantuan logistik. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada daerah polis di mana siasatan kes itu dijalankan.

Contoh repot kes jenayah
Pada 1.1.2000, jam 12 tengah malam, tiga orang yang tidak saya kenali telah menyerbu ke dalam rumah saya menerusi pintu hadapan. Mereka menutup muka dengan stokin wanita. Salah seorang bersenjata seperti pistol sementara yang dua orang lagi bersenjata pisau. Mereka merompak harta benda saya iaitu sebuah kamera, tiga rantai emas dan wang tunai berjumlah RM10,000. Merka juga melarikan kereta saya jenis KIA nombor pendaftaran CUR 54 berwarna biru. Saya tidak dapat mengecam mereka. Sebaik sahaja kejadian itu saya membuat aduan kepada balai polis.


Contoh repot kemalangan jalanraya
Pada 2.2.2000, Jam 3.00 petang ketika saya sedang memandu kereta saya Proton Putra warna merah nombor pendaftaran MAL 2345 di Jalan Merdeka, Kuala Lumpur, sebuah kereta jenis Toyota warna hijau nombor pendaftaran AB 7378 yang datang daripada depan secara tiba-tiba memotong sebuah kereta lain, telah melanggar kereta saya daripada hadapan. Kereta saya megalami kerosakan dan saya turut tercedera dibahagian kepala. Inilah pengaduan saya.

Hmm..amacam?ble la kan info2 neh pon da cukup sebagai knowledge kita ..ingat,law is everything..kalu nak survive kena la ikut rentak dunia masa kini..hehe..macam lirik lagu plak..renung-renungkan..dan selamat beramal.

syah@thebirds
xdiligent@gmail.com