kelik-kelik aje..^^

Sunday

3 Langkah, dan 7 cara berkesan untuk memperbaiki Attitude

Kita semua sedar banyak benda yang terjadi adalah tidak mengikut kehendak dan apa yang kita rancang, dan kadangkala perkara negative yang berlaku menyebabkan kita patah semagat dan hilang keyakinan diri, dan sememangnya sungguh mencabar untuk kita terus kekal bersikap positif dagan semua dugaan dan cabaran yang kita tempuhi setiap hari. Jadi saya ada beberapa petua yang mungkin dapat membantu memperbaiki attitude dan menjadikan kita seorang yang lebih Positif dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencababar ini.

LeVEL 1
Ini adalah Fasa pertama dan yang paling penting yang harus kita lakukan sebelum kita teruskan ke fasa yang selanjutnya, Fasa ini bertujuan untuk menutralkan dan memulihkan mindset kita, dan menuteralkan sedikit tekanan yang kita hadapi.

1. Berterima kasih /Bersyukur/ Hargai

•Buat kan satu senarai perkara yang anda rasa anda amat bersyukur atau hargai kerana telah terjadi pada anda. Tapi ingat ini akan menjadi Sesuatu tugasan yang amat sukar sekiranya anda telah debelengu oleh tekanan dan sifat negative dalam jangka masa yang lama, tetapi sedarlah bahawa sebenarnya sentiasa ada perkara yang sepatutnya anda bersyukur, walaupun sekadar makanan untuk anda makan, udara untuk bernafas, angota badan yang masih berfungsi dan sebagainya. Untuk keputusan yang berkekalan, tananmkan tekad dalam diri anda untuk menyenaraikan sekurang kurangnya satu perkara yang amat hargai setiap hari, Dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan sifat negative dan anda akn dapat megurangkan tahap tekanan yang anda alami, dan ianya dapat menyedarkan anda bahawa masih banyak perkara baik yang masih berlaku pada diri anda.
2. Semua yang terjadi ada sebabnya

•SEMUANYA, Ya saya maksudkan semuanya yang terjadi pada kita ada sebabnya. Jika anda mula menilai setiap situasi yang menekan dan mendesak anda dan cuba jadikan ianya sebagai satu cabaran kearah kebaikan dan bukannya tekanan dan sesuatu yang merugikan anda,Anda sebenarnya sudah mula mengubah sikap anda, contohnya jika anda telah terjebak dalam kesesakan lalulintas munkin ini sudah ditakdirkan supaya anda tidak akan terlibat dalam kemalangan yang mungkin akan terjadi keatas anda jika tidak dihalang oleh kesesakan lalulintas itu, atau jika anda diberhentikan kerja angaplah ia sebenarnya permulaan bagi anda untuk mandapat kerja yang lebih baik, Sebenarnya semua perkara boleh di lihat dalam dua persepsi yang berbeza iaitu negative dan positif, jadi latihlah diri anda untuk menilai sesuatu dalam persepsi yang positif kerana ianya akan membantu untuk mengubah sikap anda.

LEVEL 2
Fasa 2 ini bertujuan untuk megurangkan tekanan (lebih kepada sains) fasa ini lebih senang untuk dilakukan jika anda sudah berjaya di fasa yang pertama, (kalau kepala dah serabut, perasaan tak tenang macam mana nak gelak bila ada orang buat lawak, kang tak pepasalPELAWAK tu jadi PESAKIT. Nak bersenam jauh sama sekali )

3. Lawak Jenaka

•Lawak jenaka ni lebih kurang macam senaman, ia juga dapat merangsan tubuh untuk menghasilan bahan kimia pada otak yang boleh megurangkan tekanan dan secara tak langsung dapat mengalihkan focus kita kepada benda lain dari sikap negative kita. Bahkan menurut kajian ketawa adalah terapi yang baik untuk tekanan,
4. Senaman

•Hehehe Saya tau perkara ini memang menakutkan tetapi jujur saya katakana ini merupakan asas utama yang boleh memberikan kesan serta merta, kerana senaman boleh menghasilkan bahan kimia dalam otak kita yang dapat membant melegakan tekanan , walaupun sekadar menari bila mendengar lagu kesukaan anda.

LAVEL 3
Fasa 3 adalah fasa yang akan melatih dan membentuk sikap dan keperibadian anda, Fasa ini juga juga akan megubah sikap negatif yang sabati dalam diri anda. Fasa Mungkin akan menjadi sia sia jika ada gagal dalam 2 fasa yang sebelumnya.
5. Lihat , baca atau dengar dari mereka yang anda kagumi ( Pembakar Semangat )

•Tengok dengar atau baca darimana mereka bermula, apa yang mereka lalui, tekanan yang mereka hadapi dan kesukaran yang mereka tempuhi sehingga mereka dikagumi, ini dapat menyedarkan kita bahawa apa yang kita hadapi sekarang tidaklah seteruk mereka, dan semestinya kita juga mampu sapai apa yang telah mereka capai atau mungkin lebih baik dari mereka
6. RAKS – Random Acts of Kindness. (buat kebaikan tanpa memilih orang)

•Cuba luangkan sedikit masa dari dunia sikap negetif kita yang menyeramkan itu untuk berbuat baik pada seseorang, kerana ini terbukti dapat memperbaiki sikap kita dengan serta merta, tidak semestinya anda menderma ribuan ringgit atau membina rumah anak yatim, tetapi cukup sekadar dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada posmen yang menghantar surat saman trafik anda, senyum kepada orang yang anda tidak kenali selepas dia terlangar anda dan mintak maaf kepadanya walaupun dia yang langar anda, atau berikan pujian kepada orang yang anda saying, dan kalau mampu cuba belanja minum orang yang anda tak kenali.
7. Raikan Kejayaan anda

• Fikirkan semua perkara yang telah Berjaya anda lakukan sepanjang hidup anda, cara ini hampir sama dengan bersyukur , Sebagai permulaan anda boleh lakukan dengan cara yang sederhana, Tetapi harus ingat jagan ada “ TAPI “,( boleh tapi, Berjaya tapi. ) dalam diri anda, dan kalau anda mampu cuba raikan kejayaan anda degan cara yang paling meriah, lakukan apa saja yang anda suka bagi meraikan kejayaan itu, bergembiralah degan sepenuh hati, (jagan melampaui batas agama dan moral dah)
P/s : kejayaan hadir dalam berbagai bentuk dan rupa, contohnya, Berjaya menamatkan pelajaran, Berjaya membali rumah, Berjaya memiliki isteri anda, Berjaya melakukan senaman, dapat makan makanan kesukaan anda, dan macam macam lagi (tak kira la sekecil mana pun)

3 Memberi Pendapat:

Rafi Harumin said...

Terima kasih perkongsian yang ini.

Anonymous said...

thx for d sharing~

marliyati mohatar said...

encikvirus jd pakar motivasi..
kje part time ye..hehehehehe