kelik-kelik aje..^^

Saturday

Konsert Deep Purple Asia Tour

KUMPULAN rock legenda, Deep Purple, akan mengadakan konsert Deep Purple Asia Tour 2010 Live in Malaysia, bertempat di Arena of Stars, Genting Highands, jam 8 malam, 16 Mei ini.

Diasaskan di Hertford, England pada 1968, kumpulan ini seangkatan dengan Led Zeppelin dan Black Sabbath, serta dianggap antara pencetus irama hard rock moden dan heavy metal, walaupun sebahagian anggota kumpulan itu enggan memasukkan Deep Purple dalam mana-mana kategori tadi.

Kumpulan yang dianggotai Don Airey, 61, Ian Gillan, 64, Roger Glover, 64, Steve Morse, 55, dan Ian Paice, 61, sebenarnya turut mencampurkan eleman klasikal, rock blues, pop dan rock progresif dalam muzik mereka. Sehingga kini, mereka berjaya menjual lebih 100 juta album di seluruh dunia. 


Lagu paling popular mereka termasuk Black Night, Highway Star, Smoke on the Water, Speed King, Fireball, Strange Kind of Woman, Child in Time dan Space Truckin. 


Deep Purple yang mempunyai 18 album itu juga dilihat sebagai kumpulan paling banyak mengadakan siri jelajah dunia. Sejak 1968 hinggalah ke hari ini (kecuali waktu mereka berpisah seketika pada tahun 1976-1983), mereka terus mengadakan persembahan di serata dunia.

Kepada peminat setia Deep Purple, peluang ini tentunya tidak akan dipersiakan. 
Tiket berharga RM468, RM368, RM268 dan RM168 mula dijual 22 Mac lalu. 
Untuk tempahan, sila hubungi hotline 03-2718 1118 atau layari disini

Kepada yang fan band2 lama neg..jom2 g tgk..tapi harga ticket kena korek tabung la sket..^^
hencikvirus

Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can 
do today to go green!

0 Memberi Pendapat: