kelik-kelik aje..^^

Wednesday

Frank Bilal Ribery (Bayern Munich PLayer)


1) Franck Bilal Ribery dilahirkan pada tarikh 7 April 1983 di Boulogne-sur-Mer, Utara Perancis dan dibesarkan dalam keluarga miskin.. Ketika berusia dua tahun dia terlibat dalam kemalangan dimana dia tercampak melalui cermin kereta, dia memerlukan beratus-ratus jahitan. Bekas luka dan kesan parut dia dikenali dengan wajah yang digelar Scarface. 


2) Dia menyertai akademi bola sepak Lille ketikai berusia 13 tahun pada tahun 1996 tetapi ditendang keluar tiga tahun kemudian kerana akademiknya tidak sampai ke standard yang dikehendaki.

3) Seterusnya, dia menyertai kelab bandar kelahirannya, kelab amatur Boulogne pada tahun 2001,kemudian berpindah ke kelab kebangsaan Olympique Ales setahun kemudian. Perlawanan pertama profesionalnya ketika dia bermain untuk Stade Brestois di Liga Divisyen 2.

4) Ribery kemudian mula bangun dalam karier bola sepaknya dengan menyertai kelab Metz di sayap kanan pada tahun 2004. Dia menjaringkan dua gol dalam 20 perlawanan, dan kelab gergasi Turki, Galatasaray berminat untuk membelinya. Di Galatasaray dia mendapat gelaran "Ferraribery" kerana kepantasannya, namun dia terpaksa meninggalkan kelab itu selepas hanya lima bulan disitu walaupun menandatangani kontrak selama empat tahun di atas masalah pembayaran.

5) FIFA memutuskan bahawa dia dibenarkan untuk pindah dari Turki ke Olympique Marseille. Di Marseille, Ribery membuat 68 penampilan di semua perlawanan dan menjaringkan gol sebanyak 14 kali disamping dia memimpin pasukannya untuk berada di tempat kedua di belakang Olympique Lyonnais pada musim 2006-07. Sewaktu di kelab itu, beliau juga berjaya membawa Olympique Marseille ke final Coupe de France. 

6) Ketika di Olynpique Marseille dia menerima panggilan antarabangsanya yang pertamanya untuk Les Bleus pada tarikh 27 Mei 2006, ketika dia digantikan sewaktu pelawanan Mexico pada Piala Dunia (persahabatan). Selepas dua minggu kemudian dia mula menyertai Perancis di perlawanan pembukaan kumpulan mereka di Piala Dunia, menentang Switzerland. 

7) Dia bermain dalam setiap perlawanan, termasuk final melawan Itali, dan menjaringkan gol di babak kedua menentang Sepanyol - Perancis menang 3-1. Legenda Zinedine Zidane menggambarkan dia sebagai "permata bola sepak Perancis". Dia telah memenangi 36 caps untuk negaranya setakat ini dan menjaringkan tujuh gol. 

8) Sebahagian besar kelab-kelab terkenal Eropah memancingnya, agak mengejutkan bahawa dia memilih untuk menyertai Kelab Jerman Bayern Munich pada musim panas 2007. Setelah menandatangi untuk kelab bernilai € 25 juta, presiden kelab Franz Beckenbauer menyatakan: "Kami telah memenangi loteri." Dia merangkul Pemain Terbaik Jerman 2007-08.

9) Musim ini dia berjaya menjaringkan gol dalam dua kemenangan atas Lithuania 1-0 untuk mempertahankan harapan hidup Perancis melayakkan diri pada Piala Dunia di Afrika Selatan. Dia juga memiliki 12 gol bersama Bayern Munich. 

10) Setelah masuk Islam beliau berkahwin dengan kekasih hatinya di zaman kanak-kanaknya Wahiba.Dia dikurniakan dua orang permata hati iaitu Hizya dan Shakinez. Walaupun bergelar ayah, dia masih memiliki watak humor dan keanak-keanakan ini mungkin disebabkan faktor zaman gelap yang dilaluinya suatu ketika di Timur Tengah.


Encikvirus akan memaparkan lagi ribuan selebriti terkenal dunia yang telah memeluk ISLAM..diharap dapat menberi manfaa..^^

Encikvirus
xdiligent@gmail.com

8 Memberi Pendapat:

Hazzy Ishak said...

baru ku tahu...

.aira. said...

comelnye ;))
haha
minat beliau dan
philip lahm ;)

si[jari] telunjuk said...

sila..sila la taip entry lagi..saya suka membacanya...

Muhammad Afiq said...

da follow da blog kmoo..

si para para said...

wah bagos info mcm ni..jarang org papar cerita mcm ni..ok bro..teruskan...

bofoyengfeng said...

mamat ni ada kes calgirl bawah umur kan sekarang ni?

Encikvirus said...

TO bofoyengfeng..
yk..syah xtau pon..mane tau neh?

bofoyengfeng said...

keluar news lately. better ask uncle google..