kelik-kelik aje..^^

Saturday

Remaja 22 Tahun Jual Blog Beliau Pada Harga USD$15,000,000

mmm..dengar macam x percaya kan..tapi ini adalah cite btul syah jupe kat blogger forum..Seorang remaja berusia 22 tahun yang bernama John Wu telah mencipta sejarah hidupnya yang tersendiri apabila blog milik beliau iaitu www.bankaholic.com telah dibeli oleh Bankrate.com pada harga USD$15,000,000 (bersamaan RM49 Juta).
Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo  pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.
Ini telah memberikan si pembeli iaitu Bankrate.com satu keyakinan yang amat tinggi bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.
Terlalu hebat bukan? Adakah anda fikir bahawa semua ini merupakan keajaiban yang telah ditakdirkan untuk John Wu? Atau sebenarnya kebijaksanaan John Wu menghasilkan sesuatu produk berkualiti yang akhirnya berjaya mencipta ‘keluarbiasaan’.
Kita sering berangan-angan untuk menjadi manusia yang hebat, mempunyai segala-galanya, mempunyai kemewahan dan kehidupan yang sangat sempurna. Tetapi adakah kita mencipta jalan ke arah itu? Jika John Wu berjaya melakukan, tidakkah itu sepatutnya menjadi inspirasi di dalam minda kita atau kita masih terleka dan terlena dengan fatamorgana Mat Jenin yang masih dipentaskan di dalam minda kita....menarik kan kalu ble jadikan idaea kreatif kita camtue..Renungkanlah.-syah-

2 Memberi Pendapat:

ainn aizad said...

komen saya...
no comment...hahaha
best stories!!

Mr Syah @ Encikvirus Marketing said...

hehe..try la achive mcm bdk 2..drpd kte asik ngan applicatn yg xdpt pape so baek kita generate side income camtue kan..hehe