kelik-kelik aje..^^

Sunday

Part1 : Infinity Downline – Konsep Money Game?

Posted by syah
7 March, 2010

Oleh kerana terlalu byk benda yg meragukan dan salah faham,so syah pon cari la material yg berkaitan ngan konsep infinity downline ini.Dengan ini serba sedikit persoalan dptlah kita uraikan..
sebenarnya,
Infinity Downline atau ID semakin meriah kat Malaysia. Malah ada yang cuba cuba spam di wall facebook saya tentang peluang buat duit terbaru ini. Pada pendapat peribadi saya ia adalah sejenis program money game atau head hunting.

Konsepnya adalah sama seperti skim piramid/ program yang ada kat Malaysia ni. Antaranya:

-amaljariah.net
- surerich.net
- binajutawan.biz
- dana2u.com
- smartinvest4u.com
- cb2u.net
- e-wallet2u.net
- myhomebiz2u.net - penawar4u.com

Kredit kepada NazhaSecrets

Diatas adalah program yang saya kategorikan sebagai skim yang b erteraskan permainan duit atau head hunting. Mereka mengunakan pelbagai istilah seperti dana, sumbang ikhlas dan banyak lagi. Mereka mengunakan wang/duit sebagai gula untuk menarik minat orang malah mengunakan al quran dan hadis bagi menghalalkannya. Ada yang mendakwa ia untuk membantu sesama Islam la. Ikhlas untuk tolong semasa Islam dan banyak lagi alasan.

Bagaimana pulak dengan Infinity Downline?

Mereka yang teringin nak masuk tu. Fikir dulu la ye. Duit bukan segalanya. Teliti terlebih dahulu sebelum menyertai apa apa program di internet. Terdapat 2 perkara yang patut diberi pertimbangan iaitu undang undang malaysia dan juga agama.Saya sarankan untuk meneliti terlebih dahulu meneliti tentang Isu Syariah Dlm MLM tulisan UZAR dan juga Fatwa MLM Majlis Ulamak Indonesia.

Adakah ia MLM?

Ya. Walaupun ada yang menafikannya dengan menyatakannya affiliate program. Konsep Reverse 2 Up yang digunakan adalah salah satu cara compensation plan dalam sistem MLM.

Apa Pendapat Orang Tentang ID?

Saya cuba search di serata internet dan jumpa pelbagai pendapat tentang ID ni. Ada yang cakap scam ada juga yang cakap ok. Tapi itu pendapat mat salleh. Diorang apa kisah halal & haram dalam agama dan undang undang negara kita. Sebab itulah ia memerlukan penilaian teliti. Pelaksanaan yang salah boleh menyebabkan ia menjadi haram. Ini akan dibincangkan nanti.

Pada pandangan pertama..

1.Payment - setakat ni diorang still membayar ahli diorang. Lagipun ID masih baru dilancarkan.

2. Product- daripada komen dibawah; ID menjual produk e-education seperti tutorial,video & etc.Persoalannya adalah sejauh manakah berguna kepada anda?. Daripada senarai produk yang dinyatakan dibawah, banyak juga produk yang saya kira bagus untuk mereka yang nak belajar tentang perkara berkaitan teknologi maklumat. Alangkah bagus jika dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli ID.

Atau semata mata nak dapatkan duit daripada refer orang lain atau mencari downline sehingga lupa untuk menfokuskan kepada produk. ID sepatutnya mengetengah produk mereka, bukan mencari downline semata mata.

Buktinya, saya jumpa satu testimoni ID ni.

Apabila ***** memberitahu dia dan ****** akan membina satu sistem Kuasa 100 bagi Perniagaan Reseller Infinity Downline, saya terus kata, CANTIK!. Kenapa?, sebab sebagai seorang ‘bisnes seekers’ saya sudah jumpa peluang ini lama dulu. Tetapi oleh kerana laman web Infinity Downline menggunakan Bahasa Inggeris saya akur, ianya agak susah untuk dipasarkan di Malaysia kerana ada beberapa ’setup’ yang agak teknikal. Saya ucapkan terima kasih kepada dua orang admin yang bertungkus lumus menyediakan sebuah platform untuk setiap orang di Malaysia menjana pendapatan secara ‘residual’ dan ‘leverage’, atau bahasa mudahnya ‘pendapatan yang kita terima dari hasil usaha orang lain dan ianya dijana berulang ulang. Kawan! Ianya sukar dilepaskan. Dalam masa seminggu sahaja lebih 100 orang sudah mendaftar melalui laman web saya, dan syukur hampir 20 orang sudah buat pembayaran. Bagaimana dengan anda? Tak payah tunggu gaji…join sekarang! Gua gerenti lu untung punya!!

Dari situ, kita boleh nampak orang join sebab apa. Mereke tidak kisah apa produk sekalipun asalkan dapat duit. TETAPI, kalo ada yang memanfaatkannya. Bagus lah. Saya sarankan join sebab ia akan dimanfaatkan samada untuk diri sendiri atau diajar kepada orang lain. Apa gunanya jika beli tetapi tak faham bahasa inggeris kerana semua tutorial adalah dalam english!

Apa yang saya khuatiri ialah mereka yang join semata mata kerana nak buat duit. Ia adalah salah.Ini akan dibincangkan nanti.

3. System- Yang ni saya tak berapa suka. Cuba tengok apa yang saya bold kat testimoni tu. “ Pendapatan daripada hasil usaha orang lain”. Setiap orang berhak mendapat hasil apa yang diusahakannya. Bukan upline atau dikenali sebagai powerline dalam ID. Ia tidak adil kepada mereka yang membawa ahli baru masuk menyertai mereka. Mereka yang buat “MLM” pasti tahu, bukan senang nak dapat 4 orang downline. Kemudian terpaksa diberikan kepada upline pulak.

Konsepnya begini:

Ali refer Abu .

Abu kemudia refer 4 orang. Orang yang ke 2 dan ke 4 akan diberikan kepada ALI tanpa sebarang usaha. Abu hanya dapat 2 orang downline walaupun di bawa 4 orang.Dua orang bawah ABU pulak perlu cari downline untuk diberikan kepada ABU. Begitulah seterusnya.

ID

Update: menurut respon dibawah, hanya downline ke 2 &4 sahaja akan diberikan kat upline. Downline seterusnya,introducer akan dapat 100% komisen tersebut. Semua downline akan mengalami proses yang sama.

Itulah pendapatan hasil daripada usaha orang lain. Ini menampak sangat upline akan dapat banyak daripada hasil usaha orang bawahan. Jadi jika ikut gambar atas, Hasan & Minah kena cari downline dan downline ke 2 dan 4 akan diberikan kepada Abu. Nampak kan sedikit ketidak adilan dalam sistem tersebut. Semakin banyak downline yang upline ada, semakin banyak la downline percuma yang diperoleh hasil usaha daripada downline sebab 2 akan ditarik ke atas sebagai downline kepada upline walhal ia adalah hasil usaha yang dibawah.

Update: Menurut zul, 2 orang yang ditarik daripada downline dikira sebagai upah/komisen kerana mengajar downline mengunakan sistem dan teknik pemasaran produk. Jika downline tersebut, berjaya mengajar downline mereka perkara yang sama; ganjarannya ialah 4 orang downline hasil daripada downline mereka. Mereka namakannya Konsep Berkongsi.

Komen: Saudara Zul sendiri mengakui sukar utk mendapatkan downline. Namun,mengambil 2 downline sebagai upah; saya rasa tak patut. Upline memang perlu mengajar downline,itu yang disyaratkan dalam MLM patuh syariah tetapi dalam ID downline mereka dijadikan cagaran kepada upline agar mengajar. Tak kira apa alasannya, bagi saya reverse 2 up memang tak sesuai untuk orang islam. Saudara juga tahu akan berlaku MLM poisoning apabila pasaran dah tepu.Tapi still buat juga sebab orang awal akan untung, yang lambat join, nasib la.

Apa akan jadi bila dah tepu? Dah takde orang yang join. Terus terkubur la. Orang last tu dapat la tutorial yang diorang jual je.Namun, orang kita ni…bila nampak duit, semua bedal. Alasannya… BISNESS SEEKER!!! Sebab tula ramai orang kita kena tipu bulat bulat dek skim cepat kaya yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

4.Target Market- semua produk ID dalam english.Ia memang susah nak cari makan dalam market Melayu yang kurang gemar dengan english. Diorang buat website pemasaran dalam bahasa melayu untuk cari market melayu. Autodownline la, apa la…Tapi, apa yang akan jadi dengan produk ID tu nanti? Join tapi tak paham apa ke jadah tutorial dalam tu buat apa? Ni semata mata nak kejar duit je kan>> Lain la kalau depa tu buat versi BM pulak, anda jugak manfaatnya.

Dalam affiliate marketing, kita dapat komisen terdapat semua jualan yang kita buat. Sebab kita sedia maklum, memang susah untuk menjual.

5. Yuran Keahlian- USD25 atau lebih kurang RM100 setiap bulan. Setiap downline perlu bayar kepada upline untuk aktivasi selama 30 hari. Jika upline terlambat untuk aktifkan akaun, downline tersebut akan kehilangan semuanya & perlu bermula dari awal. Di sini, upline memainkan peranan yang sangat penting sebab keaktifan adalah secara manual...wasaalam.

End of Part1.
Renungkanlah untuk info sesama insan.tepuk dada tanya selera k...
ps: My concept are search for knowledge and solve it for enhancement of our challenging world..this content are not for critism nor plagiarist for unauthorized act..so be neutral and let we discuss it as an beneficial info for us..see ya.
syah@thebirds
xdiligent@gmail.com




   




1 Memberi Pendapat:

Anonymous said...

login fb dapat rm100? kahkah..mmbr aku ramai post bende ni kat fb..kena kutuk..kasihan mereka itu