kelik-kelik aje..^^

Friday

Ilmu: Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta???

                   Hari neh jumaat 12 march 2010.Hmm ptg2 mcm neh kat Shah Alam neh mmg panas skrg neh..nak label musim apa pon xtau la coz kejap ujan kejap panas..borink2 pastu on la tenet..surf tenet pastu jupa la satu benda yang best..nak tau?..haa neh la..soon syah akan attach link2 yang berkaitan ngan THE ARRIVAL.Apa tue?..ok nanti syah masukan kat entry laen k..nak cite at this moment pasal....

Jika Dajjal itu Amerika, maka Apakah kenderaannya?

Adakah ia Kapal Terbang? Atau Sejenis Binatang?


Di dalam hadis yang di riwayatkan oleh Imam hakim di dalam mustadraknya menyebutkan .

" Kenderaan dajjal ialah seekor binatang antara jarak kedua telinganya adalah 40 hasta "

Adakah ia Kapal Terbang atau sesuatu yang lain.


Kalau kapal terbang kenapa dalam hadis itu ia tidak dikatakan sayap, tetapi kenapa dikatakan ia mempunyai telinga. Adakah Nabi Muhammad bermaksud bahawa telinga itu suatu perkara yang lain lagi?

Kalau nabi Muhammad saw bermaksud bahawa telinga itu sayap, maka tidakkah Nabi Muhammad saw tahu perbezaan antara sayap dan telinga?

Malaikat yang terbang dan dinyatakan di dalam al-Qur'an Surah Fatir ayat 1 menggunakan sayap.

Burung-burung yang berterbangan menggunakan sayap disebutkan dalam surah al-An'am ayat 38.

Serengga juga terbang dengan menggunakan sayap. Tidak pernah ada binatang atau malaikat yang terbang menggunakan telinga.

Oleh itu, bagaimanakah kenderaan Dajjal itu boleh terbang dengan telinganya pula. Atau mungkin telinga itu bermaksud telinga yang lain.

Atau adakah kita terpengaruh dengan cerita kartun si Dumbo ini?

Dumbo Big Top Dumbo The Flying Elephant Disney Fine Art Giclee by 
Tricia Buchanan-Benson


La nape gelak plak...hehe..Dumbo neh kan favouirte cartoon kita budak2 80-an...ok back to the story, Saya berpendapat Telinga yang di maksudkan di dalam Hadis itu ialah telinga yang lain yang menunjukkan juga kebenaran Nabi Muhammad saw dan bertapa benarnya Baginda itu dan bertapa ajaibnya taqdir Allah swt ke atas alam ini.

Telinga itu adalah telinga Satellite :..perasankah kita???..sy jwb..mmg xprasan..huhu

satellite

Menariknya , Panjangnya lebih kurang 30 hingga 40 hasta.

Secara ideologinya , ia sememangnya dibuat bagai sebuah telinga untuk mendengar dan mengesan pancaran signal yang diarahkan kepadanya.

Kenderaan ini adalah simbolik yang lebih tinggi daripada mana-manapun kenderaan yang wujud dimuka bumi ini, kerana ia cukup berupaya untuk membawa apa-apapun gambaran atau suara.

Kenderaan ini amat canggih sehingga boleh menghantar berita atau pengaruh dajjal seseluruh dunia dalam satu saat sahaja.


Nabi s.a.w. bersabda: “Bumi akan digulung untuknya”.


Satellite TV

p/s syah add up sedikit theory pasal communication system neh k...
Satellite service providers gather video signals from programming sources and then beam the signals to an orbiting satellite. The satellite broadcasts the signals back down to Earth. Your satellite dish acts as an antenna, capturing the signal and sending it to your set-top box.

Kenderaan Dajjal ini amat canggih dan boleh mempengaruhi manusia 24 sehari tanpa henti. Selepas menaiki kenderaan ini, pengaruh yang dibawa akan dipancar ke TV, atau Telipon atau Computer di rumah-rumah.

Manusia sekarang sudah bertuhankan Dajjal dengan adanya kenderaannya ini.

Tanpa Dajjal, sebahagian manusia tidak akan sanggup lagi hidup. Kalau tidak percaya tanyalah orang-orang yang sudah dikuasai Dajjal, adakah mereka sanggup hidup tanpa TV, Teliphone dan Computer?


Segala yang baik adalah dari Allah swt jua dan yang kurang dan silap adalah dari  syah sendiri.

Wasalam, semoga bermanfaat...renung2kan dan selamat beramal..hehe

syah@thebirds
xdiligent@gmail.com

3 Memberi Pendapat:

Anonymous said...

yela... banyak dah petunjuk.. tak sedar

ainn aizad said...

huhu...rase takut pabila membaca nye
try bace buku "yakjuj dan makjuj" pulak
ade 3 pndapat yg berlainan mengenainya
n then u post kat cni kisah nye..
kat mph harge buku tu dlm 31.50

Mr Syah @ Encikvirus Marketing said...

ok..nanti free2 syah akan search lak pasal 2 k..thks for comments ^^