1. Bajang
Bajang adalah golongan jin yang dipelihara oleh manusia bertujuan memudaratkan musuh. Sesiapa yang ingin memilihara bajang sebagai kahdamnya hendaklah melakukan pemujaan terhadap jin melalui mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan jin jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing . Antara gangguan yang dilakukannya ialah menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Tuan bajang hendaklah menyimpan bajang di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya ingin ‘menyerang’ musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. . Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, bajang akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Hantu bajang biasanya dibela oleh seseorang bagi menjaga keselamatan diri daripada serangan haiwan buas, menjaga ladang daripada serangan perosak tanaman, membuat kerja berat seperti membersihkan kawasan untuk berhuma dan bagi memusnahkan saingan.
2. Hantu Raya
Hantu Raya adalah golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Ia dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat dan juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Tuan Hantu Raya yang dipelihara itu perlu memberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian mengandungi telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. Bahaya berdamping dengan Hantu Rayaa. Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islamb. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.c. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.d. Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawalSalah satu kaedah tuan punya menurunkan hantu rayanya kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannyaMenurut pengamal perubatan tradisional, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja dalam proses menyingkirkan jin tersebut. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.
3. Pelesit
Pelesit adalah dari golongan jin, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh.. Hantu pelesit diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Ia dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk ke rumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Ia disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.Hantu pelesit perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.. Sebelum tuannya mati hantu pelesit hendaklah diwarisi oleh keluarga tuannya sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Hantu pelesit akan menyebabkan tuannya susah untuk mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tahi besi (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) adalah antara benda yang ditakutinya. Menurut pandangan pengamal perubatan,rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya.Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah.Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.
4. Toyol
Toyol adalah jin berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.Ia mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Secara umumnya toyol, mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari dan setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.Bahaya memelihara toyolSekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, Tuan baru toyol menggantikan tuan lamanya diperlukan jika perkhidmatannya tidak diperlukan lagi, atau menghantar toyol itu balik ke tempat ia dibeli, atau dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (menggunakan ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. Kacang hijau yang diletakkan ke dalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.
5. Saka haiwan
Saka haiwan adalah jin berbentuk haiwan seperti saka buaya mampu mengawal buaya, dan orang yang mengawal saka ular mampu mengawal ular.Saka haiwan biasanya memerlukan mereka yang ingin mendampingi jin haiwan mengambil bahagian badan tertentu haiwan tersebut. Bahagian badan itu akan dipuja sehingga pengamalnya mendapat alamat bahawa jin haiwan tersebut telah bersatu dengannya. Pengamal tersebut biasanya perlu mematuhi beberapa syarat dan pantang larang yang dikenakan oleh jin yang didampinginya.Saka harimau biasa digunakan untuk menjaga diri,harta dan rumah.Di samping itu,tuan saka harimau akan memiliki kekuatan dan kehebatan pada pandangan manusia.Oleh sebab itulah ia digunakan dalam persilatan bagi manambah kekuatan pesilatan dengan bantuan saka harimau
6. Hantu Polong
Hantu Polong adalah sejenis jin belaan, biasanya lelaki, bertujuan untuk memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan dibacakan jampi serapah dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Pemberian makanan menyebabkan polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut. Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsaHantu polong perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan menyebabkan polong yang berada dalam badan mangsa kesakitan.
7. Hantu Penangga
lPenanggalan adalah golongan jin yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang baru melahirkan anak oleh tuannya. Hantu penanggalan dikatakan sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang ke rumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.`Menurut perubatan melayu cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut. Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal merekaPenanggalan dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan memelihara harta benda dan, membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Pembela Penanggalan dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Penanggalan mungkin merupakan cara penduduk zaman dahulu menjelaskan kadar kematian ibu bersalin yang tinggi dikampung-kampung. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa, kadar kematian ketika bersalin amat tinggi pada suatu masa dahulu.
8. Hantu bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.Contoh-contoh hantu yang telah saya terangkan di atas sebenarnya adalah golongan jin yang hidup di sekitar masyarakat melayu.Jika anda anda kemusykilan mengenainya bertanyalah dengan mereka yang faham tentang masalah tersebut.Menerima atau menafikannya tanpa mendapatkan maklumat dari orang yang yang munasabah adalah tindakan yang tidak wajar.
2 Memberi Pendapat:
ADA ORANG CAKAP, KALAU ORG YANG PELIHARA SAKA HAIWAN TU, SAKA DIA TU AKAN BERWAJAH TUAN DIA.. BETUL KE EK! SERAMNYA..EEE
ee takutnya..nice info..
Post a Comment