Berikut adalah antara alasa-alasan menagapa manusia enggan memberi :
MEMBERI AKAN MENGURANGKAN
Sayidina Ali ra berkata, "Rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan apa yang telah kamu belanjakan kepada Allah swt."
Apabila kita "memberi" hakikatnya kita memberi kepada diri kita sendiri kerana semuanya menjadi "saham" di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya pada hari ini kerana niat awal mereka adalah untuk mengeluarkan zakat.
Bukankah dalam Islam memberi sebahagian harta seperti yang kerap dianjurkan oleh al-Quran, akan membersihkan dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabut sebahagiannya, baki pokok sayur yang masih di atas batas itu akan tumbuh lebih subur dan lebat.
Sebenarnya keinginan untuk memberi juga adalah dorongan yang kuat untuk seseorang itu berusaha (mencari rezeki). Hal ini kerana untuk memberi mestilah dimiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh sebab itu dorongan untuk memberi itu menyebabkan kita akan berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamalkan prinsip 3M dalam berusaha; Mencari, Memiliki dan Memberi.
ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA KASIH.
Ini lumrah alam (sunnatullah). Jika kita mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa, kerana ramai manusia yang tidak pandai berterima kasih di dalam dunia ini. Jika dengan adanya ucapan terima kasih baru kita boleh memberi, bukan sahaja kita kecewa, bahkan sikap itu menunjukkan kita orang yang ego.
Allah swt yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima kasih daripada Hamba-Nya. Firman-Nya yang bermaksud,
“Dan sesungguhnya Kai telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur), tetapi amatlah sedikit antara kamu yang bersyukur.” (Surah al-‘Araf 7: 10)
Namun apakah dengan itu Allah swt berhenti daripada memberi? Tidak. Allah swt terus memberi walaupun hamba-Nya tidak berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?
TIDAK ADA APA HENDAK DIBERI.
Jangan sempitkan rezeki dengan “menyempitkan” pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta. Jika itulah pengertiannya sudah tentulah kita tidak selalu “ada” untuk memberi. Luaskan pengertian rezeki nescaya “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, malah pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.
BIMBANG DIEKSPLOITASI DAN DIMANIPULASI.
Mesti diimbangi anara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita, orang itu patut menerima pemberian kita.
Jangan cuba-cuba menebak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya tersilap orang pun, pasti pemberian kita akan mendapat pahala daripada Allah swt, jika tidak di dunia, pasti diakhirat sudah tersedia. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ketahap prasangka dan curiga. Relakanlah diri jika dieksploitasi dan dimanipulasi untuk kebaikan.
TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA.
Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kiat? Bukankah modal usaha kita semua daripada Allah swt. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah swt. Allah swt memberi untuk kita mudah memberi. Boleh jadi, Allah swyt memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Jadi, kita harus sedar bahawa kita adalah “saluran” Allah swt untuk memberi. Oleh sebab itulah Allah swt menggunakan kalimah “Kami” (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.
Berdasarkan itu adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana sikap itu sama seperti menyekat saluran rezeki daripada Allah swt untuk orang lain. Hakikatnya “kepunyaan” kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah swt yang diperintahkan –Nya untuk diberikan kepada orang lain.
Jelasnya, manusia ialah “peminjam” bukan “pemilik”. Maka memulangkan pinjaman itu adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.
TIDAK MENDAPAT ALASAN
Individu yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat pasti menolak anggapan bahawa memberi tidak mendapat apa-apa balasan. Bukankah Allah swt telah berfirman yang bermaksud,
“Maka sesiapa mebuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya 9 dalam buku amalannya). Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya ( dalm buku amalannya).” (Surah al-Zalzalah 99: 7-7)
Apa yang diharapkan balasan daripada manusia sedangkan balsan daripada Allah swt adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah swt dan dan hari akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.
Kita harus sedar, ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hana di akhirat tetapi ia turut dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat “ketenangan” hati. Tidakkah itu semua akan memberikan ketenangan di dunia?
Dalam sebuah hadis anjang, yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan Ahmad, Nabi muhammad saw bersabda tentang dialog Allah swt dengan para malaikat yang begitu kagum dengan penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin… Malaikat bertanya: “YaAllah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih daripada semua itu?”
Allah swt yang Maha Gagah dan Maha Tinggi Kehebatannya menjawab; “Ya ada. Iaitu amal anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”
Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah meneladani orang yang berjaya. Mereka semua terdiri daripada orang yang sangat komited dalam memberi.
Jika anda miskin, jangan jadikan itu alasan untuk tidak memberi. Jadilah si miskin seperti Sayidina Ali ra. Dia tetap memebri walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan Rasulullah saw bahawa Allah swt cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah.
Dipetik daripada majalah SOLUSI
Semoga bermanfaat..^^
0 Memberi Pendapat:
Post a Comment