kelik-kelik aje..^^

Saturday

Geram Tahap Gaban


Sepatutnya Post ni aku tulis pada 20.9.2010 (pada tarikh yang sama aku baca berita tu) Tapi bagi mengelakan aku mengeluarkan perkataan perkatan INDAH yang tak patut aku tulis dan segala MAKHLUK HUTAN yang tak patut aku sebut,Jadi Aku ambil keputusan untuk redakan dan pendamkan dahulu apa yang nak terkeluar dari kotak fikiran aku…

Aku sebenarnya dah menyampah, geram, Bengan dengan berita pembuangan bayi yang nampak seperti takkan ada penghujungnya, dan dah macam menjadi satu upacara wajib lak bagi para Penzina penzina bangsat ni bagi melengkapkan rutin berjadual bagi Pekej Dosa Yang Mereka Tempah dari Syaitan Laknat SDN.BHD.

Tah dimana silapnya? aku kurang pasti, nak dikatakan Kurang pendidikan Agama aku rasa tak mungkin, sebab sistem pendidikan sekarang pun dah banyak yang menuju kearah tu, lagipun kes ni bukan hanya terjadi kepada mereka yang tak berpelajaran, dan tak berilmu, tapi bila difikirkan balik Ilmu tanpa amal adalah tak bermakna,dan amal tampa penghayatan kurang keberkesananya, Mungkin juga ni salah satu puncanya,

Tapi pada aku yang paling nyata ialah kerana Terpengaruh dengan kawan kawan, persekitaran, dan cara hidup sosial( so…sial), yang sememangnya banyak dimomokkan keindahan serta keaagungan nya pada masyarakat kita terutamanya yang beragama ISLAM, dan hakikatnya Mereka telah berjaya dalam merosakan fikiran, sikap dan budaya kita, buktinya ialah Cara dan pemikiran yang mereka terapkan ini telah digunapakai dan diagung agungkan oleh kebanyakan masyarakat sekarang ni.

Jadi Siapa Nak disalahkan ????., Bab ni yang aku paling tak suka, Megapa asal ada masalah je nak kena cari orang untuk disalahkan ? untuk diarahkan telunjuk yang sememangnya berkait ? adakah belum cukup kemudahan, pendedahan dan maklumat yang ada untuk kita menilai sendiri baik buruk sesuatu yang nak kita lakukan? atau memang Anugerah TUHAN yang membezakan kita daripada haiwan tu tidak berfungsi dengan baik????. Jadi Selak lah kain sediri dahulu.., jika anda Bapa tentukan mana kiblat keluarga anda, Jika Ibu Pastikan Susu anda dimenafaatkan sebaik baiknya, dan jika anak.. jangan jadi bahan bakar untuk kedua ibubapa anda di akhirat kelak.

Atau Mungkin Hukuman yang ada tak cukup berat untuk menghukum dan menakutkan mereka ?…. Yang pasti hukuman yang ada sekarang memang tak setanding dengan Hukuman yang disarankan oleh Islam,(aku taknak sentuh pasal ni sebab aku belum cukup ilmu untuk menilai mengapa dan kenapa belum dilaksanakan di negara kita dan aku taknak buat komen dan pandangan bodoh sombog sebab pada aku bukan senang nak puaskan hati dan kehendak rakyat sebuah negara yang berbagai kaum dan agama ). Tapi pada pandangan cetek aku hukuman yang ada sekarang bukan tidak menakutkan mereka tapi Keadaan yang menyebab kan mereka hilang perasaan takut dan bertukar menjadi nekad, dan yang paling utama mereka lebih takutkan dan malu pada makhluk dari malu dan takut pada Pencipta, dan sememangnya hukuman tidak membawa sebarang makna kepada mereka yang dah tersepit dek kebodohan sendiri. Mungkin Lebih berkesan jika hukuman yang lebih berat dikenakan kepada mereka yang cuba melakukan maksiat seperti Khalwat, berdua duaan bukan muhrim dipempat sunyi, dan berzina dapat mengurangkan risiko mereka ke peringkat yang lebih teruk, kerana pada aku mencegah lebih baik, Hukuman bukan sekadar untuk membalas tapi juga mendidik dan mencegah….,


P/s : Kalau ada yang korang rasa tak betul dan tersilap tolog tingalkan komen kerana in cuma pandangan cetek aku sahaja jadi sama samalah kita perbetulkan.

Encikvirus.

0 Memberi Pendapat: