kelik-kelik aje..^^

Tuesday

Kompaun JPJ naik 333 peratus

Kesalahan penggunaan plat kenderaan juga bakal dikenakan kompaun yang lebih tinggi selepas pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan diluluskan di Dewan Rakyat. - Gambar ehsan ENCIK KOsMO

petikan dari akhbar kosmo harineh...

KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.
Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.
Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.
Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000. 

Untuk bacaan lanjut layari ENCIKKOSMO
So sebagai pengguna jalan raya,hati-hatilah kita ye drive..kalu x kopak la gaji nak kena bayo saman nanti..hehe
Encikvirus
Xdiligent@gmail.com

1 Memberi Pendapat:

.: Si BungaKopi : . said...

hm...mungkin sbb ramai sgt heksiden akhir2 ni.