kelik-kelik aje..^^

Saturday

Kematian ke-79 H1N1

H1N1 mengganas kembali...ingatkan da reda da hari tue..patut la diorg heboh-heboh kata penularan H1N1 gelombang kedua bakal melanda...hmm..tapi yang peliknya,

Virus neh macam something la..seolah2 dikawal oleh sesuatu pihak..mm..kita sebagai org Islam yang intelek,seharusnya memohon perlindungan Allah sentiasa..unikkan dunia neh,,post mlm neh syah nak sentuh sket tentang keratan dari encikmetro..simple but need alert precaution...beringat sebelum terkena k..^^


petikan dari encikKOsmo
PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 53 tahun dari Terengganu meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) menjadikan jumlah kematian akibat virus berkenaan sehingga kini meningkatkan 79 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata lelaki berkenaan mempunyai pelbagai faktor risiko seperti penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, hipertensi, kegagalan ginjal dan angin ahmar.

“Mangsa meninggal dunia pada 19 April lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan punca kematian ialah ‘Severe Bronchopneumonia’ dengan sindrom akut pernafasan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Beliau berkata, selain lelaki itu, kementerian menerima dua lagi laporan kematian, namun ia bukan disebabkan H1N1 secara langsung.

Sekian ringkasan dari petikan tersebut..bersama-samalah kita berjaga-jaga..yelah mana tau kan..pembawa tue maybe berada di sekeliling kita kan..yang penting kenal pasti tanda-tanda jangkitan H1n1 k..HAve a nice day fellows,,^^

Encikvirus
Xdiligent@gmail.com

4 Memberi Pendapat:

sugar2 kapas strawberry said...

ni sume propaganda iluminati kot..

ashrafi said...

bahaya gak nih...

dayangredzuan said...

dunia akhir zaman..
h1n1 virus yg dicipta oleh manusia untuk membunuh manusia..adoyai..
bnykkn berdoa kepda Allah swt untuk mengelakkn dri dri segala penyakit..

Misz_zana'85 said...

Masih lagi berleluasa, tapi orang-orang kita ni macam rilek sgt je..selsema & batuk pun tak nk gi klinik cek. Sian kami2 y pregnnt ni, huh