Turut berada di sisi Allahyarham ialah anggota keluarga terdekat dan tiga rakan artis, Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
Shariffudin berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini.
Allahyarham atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.
Din Beramboi dikatakan mula demam sejak 23 Mac minggu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin.
Arwah hanya dibawa ke Hospital Selayang selepas keadaannya semakin kritikal Isnin lalu sebelum dimasukkan ke ICU.
Selain menjadi penyampai radio, Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak, baru-baru ini.
Bersama samalah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham..dari Allah kita datang dari kepada Allah jua kita kembali..
syah@thebirds
xdiligent@gmail.com
3 Memberi Pendapat:
Al-Fatihah wat Allahyarham din beramboi..
kepergian beliau amat dirindui..=(
salaam.. ada facebook?
syahchudburrey@yahoo.com
add la k..^^
btw,semoga arwah berada dikalngan org2 yg beriman..amin..^^
Post a Comment