kelik-kelik aje..^^

Saturday

Karangan budak darjah 4


Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. 

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. 

Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. 

Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

haha..buat kesimpulan korg..

Sunday

Encikvirus da CAShout NUFFNANG

Syukur Alhamdullilah terhadap rezeki yang aku dapat setakat ni. Aku terimanya dengan hati yang terbuka. Terima kasih kepada korang yang tak putus² duduk support aku. 

Pejam celik dah 4 Bulan aku berblogging. Blog aku tiada Niche coz aku tak minat duduk dalam 1 kategori jer hehe. Trimas kepada encik NUFFNANG coz kasi motivasi kat ak .Neh yang buat ak bersemangat nak berblogging secara seryes miryus neh.hehe.. 

TaDaa..neh cashout [encikvirus.blogspot-] yang pertama..RM 230.50..ble la wat banje KEnny rogers weekend neh..hehe


Bila aku jenjalan kat blog orang lain, aku tengok ramai lagi yang belum meletakkan iklan Nuffnang di blog masing-masing. Mungkin sudah banyak duit, atau diorang masih tak tahu yang Nuffnang memang membayar ahlinya…aku pun tak tahu. So, kalau nak dapat check macam aku jangan lupa hias blog korang dengan iklan Nuffnang yang comel tu.

Encikvirus still maintain sbg Nuffnang Glitterati. Kalau ada sesiapa yang tak tahu, meh sini aku terangkan.

  Nak join Nuffnang Glitterati tak susah pun, tak perlu register apa2. Tapi dengan syarat korang dah ada akaun Nuffnang lah. Syarat dia apa dia untuk upgred daripada ahli biasa Nuffnang kepada ahli luar biasa (Nuffnang Glitteri) ialah buang semua ads lain kat blog korang. Tinggal yang Nuffnang jer. Kalau ada ads adsense takpe, yang dia suruh buang adalah iklan daripada syarikat-syarikat lain dari Asia Tenggara. Aku rasa korang tau kan iklan apa itu..

So, dalam masa 48 jam Nuffnang akan crawl blog kita dan bila dia tengok takde iklan lain selain dia, kita akan naik pangkat jadi ahli Nuffnang Glitteri. Yang bagusnya apa dia bila jadi ahli Nuffnang Glitteri?kata nabil..LU pikir la sendiri..hehe.

So macamana? Ni TIps dari saya tentang nuffnang .

Jika blog anda dah lama tak update tu, cepat-cepatlah update..sebab iklan nuffnang ni berubah-ubah dan posible iklan akan keluar lebih banyak jika blog kita kerap update. Bila lebih kerap update, maka lebih keraplah orang lawat web/blog kita..dan bila trafik banyak ke blog, maka iklan nuffnang akan mudah keluar..bila dah banyak iklan bertukar-tukar, insyallah ramai akan klik nanti dan terhasillah pendapatan untuk anda..

Satu lagi, jika nak cashout nuffnang tu, cashoutlah hujung bulan kerana ianya akan diuruskan hujung bulan dan akan makan masa 30hari (untuk ahli Glitterati) dan 60 hari (untuk ahli biasa).


Semoga bermanfaat..
Encikvirus.blogspot


Saturday

Alasan Tidak Memberi? Tanganinya......

MANUSIA masih enggan memberi, sekalipun haya memberi maaf, senyuman dan kata-kata yang baik. Mengapa?
Berikut adalah antara alasa-alasan menagapa manusia enggan memberi :

MEMBERI AKAN MENGURANGKAN
Sayidina Ali ra berkata, "Rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan apa yang telah kamu belanjakan kepada Allah swt."
Apabila kita "memberi" hakikatnya kita memberi kepada diri kita sendiri kerana semuanya menjadi "saham" di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya pada hari ini kerana niat awal mereka adalah untuk mengeluarkan zakat.
Bukankah dalam Islam memberi sebahagian harta seperti yang kerap dianjurkan oleh al-Quran, akan membersihkan dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabut sebahagiannya, baki pokok sayur yang masih di atas batas itu akan tumbuh lebih subur dan lebat.
Sebenarnya keinginan untuk memberi juga adalah dorongan yang kuat untuk seseorang itu berusaha (mencari rezeki). Hal ini kerana untuk memberi mestilah dimiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh sebab itu dorongan untuk memberi itu menyebabkan kita akan berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamalkan prinsip 3M dalam berusaha; Mencari, Memiliki dan Memberi.

ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA KASIH.
Ini lumrah alam (sunnatullah). Jika kita mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa, kerana ramai manusia yang tidak pandai berterima kasih di dalam dunia ini. Jika dengan adanya ucapan terima kasih baru kita boleh memberi, bukan sahaja kita kecewa, bahkan sikap itu menunjukkan kita orang yang ego.
Allah swt yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima kasih daripada Hamba-Nya. Firman-Nya yang bermaksud,
“Dan sesungguhnya Kai telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur), tetapi amatlah sedikit antara kamu yang bersyukur.” (Surah al-‘Araf 7: 10)
Namun apakah dengan itu Allah swt berhenti daripada memberi? Tidak. Allah swt terus memberi walaupun hamba-Nya tidak berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?

TIDAK ADA APA HENDAK DIBERI.
Jangan sempitkan rezeki dengan “menyempitkan” pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta. Jika itulah pengertiannya sudah tentulah kita tidak selalu “ada” untuk memberi. Luaskan pengertian rezeki nescaya “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, malah pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.

BIMBANG DIEKSPLOITASI DAN DIMANIPULASI.
Mesti diimbangi anara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita, orang itu patut menerima pemberian kita.
Jangan cuba-cuba menebak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya tersilap orang pun, pasti pemberian kita akan mendapat pahala daripada Allah swt, jika tidak di dunia, pasti diakhirat sudah tersedia. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ketahap prasangka dan curiga. Relakanlah diri jika dieksploitasi dan dimanipulasi untuk kebaikan.

TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA.
Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kiat? Bukankah modal usaha kita semua daripada Allah swt. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah swt. Allah swt memberi untuk kita mudah memberi. Boleh jadi, Allah swyt memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Jadi, kita harus sedar bahawa kita adalah “saluran” Allah swt untuk memberi. Oleh sebab itulah Allah swt menggunakan kalimah “Kami” (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.
Berdasarkan itu adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana sikap itu sama seperti menyekat saluran rezeki daripada Allah swt untuk orang lain. Hakikatnya “kepunyaan” kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah swt yang diperintahkan –Nya untuk diberikan kepada orang lain.
Jelasnya, manusia ialah “peminjam” bukan “pemilik”. Maka memulangkan pinjaman itu adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.

TIDAK MENDAPAT ALASAN
Individu yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat pasti menolak anggapan bahawa memberi tidak mendapat apa-apa balasan. Bukankah Allah swt telah berfirman yang bermaksud,
“Maka sesiapa mebuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya 9 dalam buku amalannya). Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya ( dalm buku amalannya).” (Surah al-Zalzalah 99: 7-7)
Apa yang diharapkan balasan daripada manusia sedangkan balsan daripada Allah swt adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah swt dan dan hari akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.
Kita harus sedar, ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hana di akhirat tetapi ia turut dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat “ketenangan” hati. Tidakkah itu semua akan memberikan ketenangan di dunia?
Dalam sebuah hadis anjang, yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan Ahmad, Nabi muhammad saw bersabda tentang dialog Allah swt dengan para malaikat yang begitu kagum dengan penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin… Malaikat bertanya: “YaAllah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih daripada semua itu?”
Allah swt yang Maha Gagah dan Maha Tinggi Kehebatannya menjawab; “Ya ada. Iaitu amal anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”
Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah meneladani orang yang berjaya. Mereka semua terdiri daripada orang yang sangat komited dalam memberi.
Jika anda miskin, jangan jadikan itu alasan untuk tidak memberi. Jadilah si miskin seperti Sayidina Ali ra. Dia tetap memebri walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan Rasulullah saw bahawa Allah swt cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah.

Dipetik daripada majalah SOLUSI
Semoga bermanfaat..^^

Monday

Paul the Octopus: Bolasepak Piala Dunia 2010

Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:

Maksudnya: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)."


Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,

Ertinya:
"Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."

Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad;

Maksudnya:
" Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad."

Itu adalah antara dalil-dalil larangan mendatangi, bertanya serta meminta ramalan akan sesuatu perkara. Menerusi Buletin Utama TV3, masyarakat kita telah dihidangkan ramalan sotong kurita bernama Paul dari Jerman berkenaan pasukan mana yang akan menang jika melibatkan perlawanan dengan pasukan Jerman. Sekiranya pertama kali tertonton ramalan itu, janganlah mempercayainya. Kemudian, janganlah ternanti-nanti ramalan berikutnya oleh sotong kurita itu kerana ia boleh menyebabkan kita jatuh ke lembah kekufuran.

Memang terdapat ramalan-ramalan yang dibenarkan di dalam Islam. Ia terbatas kepada ramalan berdasarkan sunnatullah, hukum alam yang tidak berubah. Hanya saja bagaimana tepatnya kiraan dibuat untuk menjangka apa yang akan berlaku. Firman Allah dalam Surah Fathir ayat 43:


Maksudnya:

"Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi 'Sunnatullah' (undang-undang peraturan Allah) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan 'Sunnatullah' itu. "

Oleh kerana hukum alam tidak berubah, kita boleh menjangka apa yang akan berlaku bersebabkan sesuatu perkara. Seperti contoh cuaca akan turunnya hujan, tanda-tandanya kita lihat pada perkara zahir yang menerangkan cuaca, contohnya angin, awan dan suhu. Jangkaan dibuat berdasarkan sebab-sebab atau punca-punca hujan akan berlaku.

Bagaimana pula dengan ramalan yang langsung tiada kaitan sebab-sebab atau punca-punca sesuatu perkara itu berlaku? Contohnya, menang kalahnya pasukan Jerman. Apa kaitan sotong itu dengan perlawanan bola sepak? Maka ramalan begini adalah tertolak. Sotong itu tidak mengetahui perkara ghaib.

Perkara pada masa akan datang hanya Allah saja yang tahu. Jika benar pun ramalan-ramalan yang tidak berdasarkan sebab zahir sesuatu perkara itu terjadi, harus ianya adalah daripada bangsa Jin yang mencuri-curi dengar berita langit.

Di dalam hadith Riwayat Imam Muslim disebutkan;

Maksudnya:

Dari 'Aisyah, dia berkata; "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: " Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan ."



Sama-samalah kita menegur rakan-rakan kita yang telah terpercaya dan jatuh minat dengan ramalan si Paul. Perbanyakkan istighfar dan pelajarilah lagi, apa yang boleh menyebabkan akidah kita rosak dan bagaimana untuk menjauhinya. Selalulah berdoa dengan doa di bawah, yang diriwayatkan hadithnya oleh Imam Ahmad:

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.”

Sumber: http://el-ilmy.net/2010/07/08/awas-boleh-jadi-kufur-percaya-ramalan/

Saturday

Pasaipa mamak tak main bola??

Cuba hangpa teka, kenapa mamak takde yang main bola. Hangpa cari la di negara mana pun dalam dunia ni, memang takdak mamak yang main bola, Cikgu Omaq memecah sunyi sementara menanti teh tarik sampai dengan satu soalan kepada kawan-kawan yang lain.

Ha ahh la...rasanya takdak sorang pun mamak yang main bola. Pasai apa ha? Pasai depa tak reti main bola ka? Pasai depa keturunan kaki bangku ka?, jolok Nasir menambah lagi kesedapan kepada soalan Cikgu Omaq tadi.

Depa memang jenis yang tak suka main bola kot? Tengok bola pun takde rasanya. Tak nampak pun mamak kat stadium bila ada lawan bola, sampuk Johari.

Takdak....percaya la cakap aku. Memang depa takdak dan tak boleh main bola. Sergah Cikgu Omaq pada Johari.

Habih tu, habaq mai la pasai apa mamak tak boleh main bola, jangan bagi kami penin kepala pikiaq lama-lama. tambah Nasir.

Hangpa tau, mamak ni memang tak boleh main bola. Pasai kalau depa main bola, bila ada corner kick, depa tak main dah....Cikgu Omaq bagi clue kat depa yang tercengang dengar jawapan bola gantung Cikgu Omaq tu.

Pasai apa depa tak main dah bila sampai kat corner tu? tanya Johari tak sabar nak tau jawapannya.

Pasai....bila mamak dah dapat kat corner tu, depa bukak restoran laa.....macam Hakim Corner, macam Kayu Corner tu.....bila masa depa nak main lagi...apa la hangpa ni. Itu pun hangpa tak tau kaa, jawab Cikgu Omaq pada mereka semua.

Cilakoi betoi, gelak Faisol yang sedari tadi hanya mendengar tanpa masuk campur dalam soalan pasal mamak itu